Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

In Info & Ilmu

Bila bercakap berkenaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , ia amat berkait rapat tentang harta simpanan atau wang yang kita kumpulkan dan digunakan untuk tujuan tertentu seperti Pendidikan , Pembelian Rumah, Perubatan atau Haji . Tapikan , sebelum tu Sal nak tanya .. korang pernah dengar tak tentang Zakat KWSP ? Kita kena ingat ya bahawasanya setiap kali kita terima duit KWSP itu , hak zakat tetap ada dan wajib dilunaskan – Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Pengeluaran KWSP kini tak perlu dah nak tunggu usia bersara sama ada 50 atau 55 tahun . Jadinya , kena ingat yang duit KWSP tu tetap dikenakan zakat tak kisah pada usia berapa kita keluarkan duit berkenaan . Pendek kata , setiap kali kita terima duit KWSP , hak zakatnya wajib dilaksanakan .

Kewajipan Melunas Zakat KWSP – Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Melalui pembacaan Sal , Zakat KWSP ni termasuk dalam Zakat Harta . Rasanya korang pun tahukan yang zakat ni terbahagi kepada dua kategori iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta .

Pada golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan , Sal sharekan di sini sedikit input berkenaan KWSP . Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan.

Di bawah akta KWSP ni , semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya . Caruman akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP . Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima .

Tunaikan Zakat anda selepas pengeluaran KWSP

Zakat Fitrah merupakan zakat yang kita bayar setiap tahun dan dilaksanakan dalam bulan Ramadan, manakala Zakat Harta terdiri daripada 7 jenis iaitu:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KSWP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
  • Zakat Takaful

Fatwa di bawah Seksyen 47, menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

“ Berdasarkan kepada Fatwa Zakat KWSP dan berpandukan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor bagi tahun 2013, pencarum KWSP diwajbkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut tanpa menunggu haul setahun ”

Baru ni kan kerajaan ada membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan KWSP melalui i-Sinar . Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pencarum yang terjejas sepanjang tempoh krisis COVID-19 demi kelangsungan hidup. Seperti yang Sal katakana tadi … hak zakat tetap ada dan pada yang kurang pasti boleh ajukan pertanyaan di Pusat Zakat berhampiran anda supaya dapat fahaman yang lebih jelas .

Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran :

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

Kadar Zakat KWSP Yang Diwajibkan

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Kalau korang nak tahu , duit  KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum bila mencapai umur tertentu dalam tempoh bekerja atau mengambil keseluruhannya apabila telah mencapai umur pencen atau bersara.

Atau ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab yang lain , iaitu di bawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya) kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa , sebab tidak memenuhi syarat “Sempurna Milik” .

Syarat “Sempurna Milik” akan dipenuhi sejurus apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) .  Harap sangat korang faham ya !

Meh kita fahamkan tentang kadar zakat KWSP yang diwajibkan pulak . Kadar Zakat KWSP yang wajib dikeluarkan sama ada ketika bersara , membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan adalah 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan. Tapi , di sini terdapat 2 jenis pandangan bagi zakat KWSP ini berdasarkan pengeluaran yang dilakukan.

Pengeluaran Sebahagian (Milikan belum sempurna sebelum 55 tahun)

  •             2.5% daripada pengeluaran KWSP wajib dizakatkan sekiranya mencapai nisab (rujuk nisab di laman web Lembaga Zakat Negeri masing-masing).
  •             Jika jumlah pengeluaran di bawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain (contoh: Wang Gaji) dan dizakatkan 2.5% daripadanya jumlah pendapatan tersebut.

Pengeluaran Akaun 2 (Pada Usia 50 tahun)

  •             Pada usia 50 tahun , Akaun 2 KWSP sudah boleh dikeluarkan tanpa apa-apa halangan. Ketika itu sama ada kita mengeluarkannya ataupun tidak , wang KWSP di dalam Akaun 2 ini dikira sempurna milik juga.
  •             Maka wajib dikenakan zakat KWSP ke atas seluruh wang di dalam Akaun Kedua tersebut dengan kadar 2.5% daripada jumlah keseluruhannya.

Milikan Penuh Semasa Usia 55 tahun

  •             Ketika usia 55 tahun, kesemua wang di dalam KWSP sudah sempurna milik. Zakat dikenakan ke atas seluruh wang KWSP dengan kadar 2.5%.
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP
Rukun Islam KETIGA perl;u dilunaskan

Dua Pendekatan dan Cara Pengiraan Zakat

Lepas dah tau kadar , kita beralih pada cara pengiraan supaya jelas dan faham . Disarankan juga oleh Lembaga Zakat agar dibayar serta-merta Zakat KWSP tu  dalam masa terdekat sebaik saja wang dikeluarkan atau telah berada dalam milikan penerima . Bawah ni Sal sertakan situasi untuk lebih mudah faham .

BACA JUGA: Kempen Zakat@Family Bersama Lembaga Zakat Selangor
1. Pengeluaran Sebahagian (Milik Tak Sempurna)

Wang yang disimpan di dalam KWSP dan seumpamanya dikenakan zakat apabila ia    cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman    majikan) . Ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-   syaratnya walaupun wang masih berada di dalam tabung KWSP dan seumpamanya.

Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab .

            Contoh 1: KWSP dikeluarkan pada tahun 2019 sebanyak RM 20,000 untuk tujuan deposit perumahan. Kadar nisab pada tahun 2019 adalah RM13,536 (berdasarkanLembaga Zakat Selangor) . Maka, jumlah yang dikeluarkan ini cukup nisabnya .

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah RM 20,000 x 2.5% = RM 500.

Contoh 2: RM 4000 dikeluarkan dari akaun KWSP pada tahun 2019 bagi tujuan pembeliankomputer riba. Disebabkan tak cukup nisab , jumlah pengeluaran ini disekalikan dengan zakat pendapatan.

Gaji bersih bulanan (setelah ditolak keperluan asas) adalah RM3,500 sebulan dan jumlahnya adalah RM42,000 (setahun). 

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah (RM42,000 + RM4,000) x 2.5% = RM1,150

2. Pengeluaran Akaun 2 / Milikan Penuh (Milik Sempurna)

 Bagi pengiraan zakat Akaun 2 atau Milikan Penuh , korang cuma perlu                   mendarabkan jumlah wang dalam akaun dengan 2.5%.

Contoh: Ketika berusia 50 tahun, jumlah wang dalam Akaun 2 KWSP adalah RM45,000.

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah RM45,000 x 2.5% = RM1,125

Tidak kiralah sama ada jumlah ini dikeluarkan atau tidak , ia masih wajib dibayar sebab dianggap sudah sempurna pemilikannya. Begitu juga dengan amaun yang bakal diterima semasa usia 55 tahun nanti .

Zakat KWSP Berkaitan Moratorium

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Ni info tambahan untuk korang ya berkaitan dengan moratorium , berlaku sejak Negara dilanda wabak pandemik COVID-19. Seperti yang korang arif tentang wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum terlepas daripada kewajipan zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna .

Syarat milik sempurna tidak wujud kerana pencarum terikat dengan akta KWSP yang  tidak membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan melainkan dalam keadaan tertentu melalui skim yg disediakan oleh KWSP. Apabila wang KWSP layak dikeluarkan, maka syarat milik sempurna wujud dan pengeluaran tersebut wajib di zakat.

Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun , kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya .

Kaedahnya seperti butiran berikut :

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan – Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan – Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.

3. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat .

4. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan .

Untuk itu , bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan terutamanya dalam situasi Negara sekarang ni contohnya seperti hilang punca pendapatan, dibuang kerja dan lain lain lagi … amat memerlukan bantuan wang caruman KWSP yang disimpan untuk menampung keperluan kelangsungan hiudp … ia terlepas dari kewajipan zakat.

Namun jika sebaliknya … jika pengeluaran dibuat dalam keadaan yang dikategorikan sebagai bukan terdesak, kewajipan zakat adalah tertakluk sebagaimana dalam perkara 1 dan 2 yang Sal share tadi ya !!

Dalam situasi terdesak di musim COVID-19 ni , Institusi Zakat dan Jawatankuasa Syariah KWSP setuju agar ia dikecualikan dari dikenakan zakat . Pengecualian ini adalaj dengan alasan pengeluaran  dibuat disebabkan mereka tiada sumber pendapatan lain .

Cara Membayar Zakat KWSP

Ramai yang masih keliru menyamakan wang zakat dengan wang sedekah. Wang sedekah adalah berbeza daripada wang zakat kerana ia perlu diagihkan kepada 8 asnaf yang ditetapkan – bukan kepada tabung masjid, rumah anak yatim, atau tabung sekolah agama.

Oleh sebab tu, wang zakat sebaik-baiknya di serahkan kepada Pusat Zakat kerana badan ini bertindak secara khusus untuk mengagihkannya secara sistematik kepada 8 asnaf sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran . Walaubagaimanapun, wang sedekah boleh salurkan di mana-mana saja yang ingin disalurkan sama ada tabung masjid, sekolah agama Tahfiz, wakaf, dan sebagainya .

Rujuk Pusat Zakat Negeri – Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Kalau korang nak tahu … sehingga di peringkat kebangsaan , Zakat Pendapatan telah diputuskan sebagai suatu kewajipan tetapi perlaksanaannya berbeza mengikut pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri . Maksudnya ,  sungguhpun pada asasnya hukum Zakat KWSP adalah wajib , namun pelaksanaan bagi negeri masing-masing mungkin terdapat sedikit perbezaan.

Seeloknya korang rujuk kepada Pusat Zakat negeri masing-masing agar cara pembayaran lebih tepat . Lepas ni jangan bertangguh lagi ya dalam hal ehwal berzakat kerana dalam setiap bahagian harta kita , sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan , zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa . 

Betapa indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain . Jangan takut , jangan resah . Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah.

Info lanjut , korang boleh layari:

Website: Lembaga Zakat Selangor
IG: @zakatselangor
Facebook: Zakat Selangor
Youtube:
Zakat Selangor TV
Twitter:
Zakat Selangor
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP
Tunaikan Zakat anda secara ONLINE … selamat , mudah & pantas

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

18 commentsOn Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu