• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Parenting / Permata Hati

Permata Hati

November 25, 2010

Ruangan ini ibu titipkan khas untuk putera ibu yang tercinta. Sesungguhnya kehadiran Khalish membawa pengertian yang amat besar bagi diri ibu dan papa. Menjadi pelengkap dalam melayari bahtera perkahwinan kami. Tanggal 6 Februari 2010, merupakan tarikh yang tak akan ibu lupakan hingga ke akhir hayat ibu. Menanti detik Khalish dilahirkan ke dunia ciptaanNYA, membuatkan ibu sentiasa membilang waktu. Bagaikan telur di hujung tanduk ibu rasakan sewaktu proses kelahiranmu. Alhamdulillah, papa berada disisi ibu tatkala ibu bertarung nyawa ketika itu. Apa yang pasti, momentum itu jugalah yang menjadi kenangan terindah buat ibu hingga ke saat ini. Insyaallah.

Ibu amat bersyukur kpdNYA, sepanjang ibu mengandungkan Khalish tiada alahan teruk yang ibu alami. Hanya sedikit morning sickness di awal kandungan. Yang paling best ialah selera ibu yang naik mendadak, so berat ibu pun sangatla bertambahnya. Cukup ngeri ibu rasakan dan papalah yang selalu menenangkan hati ibu yang tak keruan tu. Bila teringat balik memang geli hati ibu. Mana tak nyer, badan papa pun sama naik dengan ibu.

Khalish selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kamu memang istimewa Khalish. Papa lahir di Johor, Ibu – Melaka dan Khalish di Perak. Bukan apa, waktu Khalish lahir papa study di Uitm Seri Iskandar so ibu memang decide nak duduk dengan papa & berpantang with him. Ibu tak nak papa jauh sebab ibu kesian dgn Khalish. Ibu nak Khalish celik mata je papa ada sebelah Khalish. Alhamdulillah, selama tempoh berpantang di rumah sewa papa jugaklah Khalish dimandikan dengan air tangan papa. Nasibla bila balik rumah ibu di KL Khalish tak meragam sangat.  Ibu pernah dengar yang orang tuax pernah cakap – “baby ni kalau dimandikan oleh ayahnya, memang dia akan cari@sentiasa rindu kat ayahnya kalau duduk berjauhan”. Mulax ibu memang risau, takut Khalish nangis nak dengan papa. Tapi, Alhamdulillah anak ibu ni memang tahu papa jauh.  Aisy jugakla jadi hero ibu sepanjang papa berada di Perak. Cuma seingat ibu ada satu hari tu papa terpaksa bergegas balik KL coz Khalish melalak rindukan papa.  Gerak hati ibu je, sebab bila papa sampai rumah Khalish terus senyap. Time tu weekend and kebetulan papa tengah exam so papa tak dapat balik.  Tapi ibu terpaksa suruh papa balik sebab Khalish menangis bagai nak rak. Ni la 1st incident yang tak dapat ibu handle.

Setiap detik ibu sentiasa teringat Khalish tak kira dimana ibu berada. Ibu sentiasa mendoakan agar Khalish menjadi anak yang soleh, taat pada perintahNYA, baik budi pekerti, dijauhi dari perkarax yang mungkar & sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaanNYA. INSYAALLAH.

Beberapa jam selepas Khalish dilahirkan… 
Parenting

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Bila Adik Masuk Dapur
Ape Dah Jadi Tu..
Papa dan Anak-anak
Previous: Hadiah GA-CCK
Next: Lain Yang Dicari ..Lain Yang Dapat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM