• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal

June 13, 2021

Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah 1442H . Tengah buat ape tu korang ? Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah pun dilanjutkan tempoh dari 15 – 28 Jun 2021 . Semoga semuanya dapat bertabah ye demi kebaikan semua . Harini Sal nak share tentang permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal .

Zaman sekarang ni permohonan semuanya menerusi atas talian atau online . Mudah dan cepat .Pada yang berminat dan berkelayakan .. jangan tunggu lama sangat nak mohon ye , bukan apa takut melepas . Diingatkan juga , tiada permohonan secara walk-in .

Teringat pulak Sal masa lepas tamat SPM dulu . Dapat gak merasa cara pemilihan awal di buat untuk masuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) . Cuma takde rezeki nak teruskan . Masa tu saje cuba basib !!

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa seluruh Warganegara Malaysia sama ada Lelaki atau Wanita yang berkelayakan juga mempunyai minat , sihat tubuh badan untuk membuat permohonan bagi Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 , Lepasan SPM/SVM/SKM dan lepasan Diploma Kejuruteraan .

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal
jom .. sahut cabaran sertai TLDM

Butiran Terperinci Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal

  1. Para pemohon dikehendaki mengimbas kod QR untuk mendaftar maklumat awal. Korang boleh masuk di FB Rasmi TLDM atau KLIK SINI .
  2. Cara memohon , syarat-syarat kelayakan , kelayakan akademik dan taraf kesihatan boleh dirujuk di laman sesawang TLDM iaitu www.navy.mil.my.
  3. Tarikh Pendaftaran atas talian pada : 11 Jun 2021.
  4. Tarikh tutup permohonan pada : 2 Julai 2021.
  5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak diterima .
Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal
Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal

Proses Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 Tahun 2021

Ada beberapa proses yang akan dilaksanakan selepas permohonan korang diperolehi oleh pihak Pengambilan Perajurit Muda TLDM iaitu :

  • Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM
  • Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidatan TLDM menerusi emel yang akan didaftarkan pada 5 Julai 2021 .
  • Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat dalam borang permohonan dalam amsa tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan .
  • Pemohon yang berjaya atau gagal akan diberitahu menerusi emel selepas tapisan dilaksanakan .
  • Pemohon yang berjaya perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih .
  • Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja . Berhati – hati ya semasa melakukan proses pendaftaran.

BACA JUGA: Tips Dapat Kerja Dengan Mudah

Diingatkan bahawa individu yang memohon secara atas talian sahaja dan memenuhi syarat yang telah dinyatakan berpeluang terpilih ke proses pemilihan seterusnya . Sekiranya ada individu yang datang ke pusat pemilihan tanpa buat proses pendaftaran atas talian , ianya tidak akan dipertimbang sama sekali .

Syarat Kelayakan Pemilihan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 Tahun 2021

a. Sijil Pelajaran Malaysia SPM dan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah . Keutmaan kepada pemohon yang memiliki Kepujian dalam :

  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik

b. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu .

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal
kelayakan akademik lepasan Diploma Kejuruteraan

Kelayakan Taraf Kesihatan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Pemilihan Awal

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah .

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota .

c. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita) . Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).

Cara pengiraan MBI :
BMI :            Berat (kg)
        _________________________
          Tinggi (m) / Tinggi (m)

d. Beza ukuran dada pernafasan : 5sm (lelaki) dan 4sm (Wanita) .

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas(6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna .

f. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik , pemeriksaan dokumentasi , pemeriksaan fizikal dan ujian fizikal .

Gaji Dan Elaun Serta Keistimewaan Perajurit Muda TLDM

  • Gaji Permulaan : Latihan Perajurit Muda (6 bulan ) : RM 1,774.00
  • Kelulusan SPM/SVM/SKM : RM 1,879.00
  • Kelulusan Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) : RM 2,341.07
  • Kenaikan tahunan : Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

Bayaran Elaun Dan Esentif

Bayaran untuk elaun dan insentif tertakluk kepada syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Elaun Khas Pasukan Khas Laut
  2. Elaun Kru Kapal Selam
  3. Bayaran insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan Perajurit Muda TLDM

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waran perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pengajian melalui Skim Pengajian Tinggi

Sekiranya ada kemusykilan atau sebarang pertanyaan , sila hubungi :
Markas Tentera Laut
Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my

Laman Web : www.navy.mil.my
Tel: 019-2104163

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pemohon

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Pasar Tani Melawati Pelbagai Pilihan
Volunteer LIMA’15 Dikehendaki
Ekspo Buku Disember 2014 di PWTC …Promosi Hebat
Previous: Hipertensi ‘Silent Killer’ Paling Bahaya
Next: Penjagaan Mata Semasa Guna Komputer

Comments

  1. Suria Amanda says

    June 16, 2021 at 12:10 pm

    Wah..berita baik untuk adik- adik yang berminat nak jadi Perajurit TLDM kan…akak dah forward info ni kat grup faamily. Mana tau kalau ada anak- anak buah berminat nak join….

    Reply
  2. Afizah says

    June 16, 2021 at 3:20 pm

    Banyak juga keistimewaan dan esentif yang disediakan ya. Suka tengok uniform TLDM Namoak smart. Siapa yang berkelayakan tu boleh lah memohon.

    Reply
  3. FAIQ NAJMI says

    June 16, 2021 at 3:43 pm

    Nak try mohon, tapi baru perasan yang kita ni tak layak sebab mata dah ada 4. hihihi

    Reply
  4. bae roslan says

    June 16, 2021 at 6:24 pm

    anak2 muda yang berminat elok lah join, hakak dah kertuuu nak join hahaha

    Reply
  5. adianiez AIDA says

    June 16, 2021 at 6:51 pm

    sedang elok la offer ni keluar. boleh la yg menepati kriteria tu apply. TLDM ni smart. white. suci bersih 🙂
    aida ada sorang 2 pupu yg bersama TLDM satu masa dulu. tapi tu la, dia resign. dia tak tahan berjauhan dgn keluarga. aduh aduh. rugi besar buat negara. now berniaga saje.

    Reply
  6. Rawlins GLAM says

    June 16, 2021 at 7:06 pm

    Boleh bagi kat cousins and anak-anak saudara yang mencari kerjaya nie. Depa kebanyakannya tinggi mencanak, Rawlins adik beradik je katik hahaha

    Reply
  7. Mahamahu says

    June 16, 2021 at 10:56 pm

    Wahh ada pembukaan pendaftaran baru untuk generasi muda yang baru habis belajar dan tiada arah tuju atau malas nak belajar ini masa mereka untuk menjadi pejuang dan berbakti kepada negara kena pastikan ramai anak muda kita sertai peluang ini…

    Reply
  8. Sis Lin says

    June 17, 2021 at 10:30 am

    Haritu ada siapa yang tanya Sis pasal nak daftar TLDM ni.. lupa laaa, nanti nak tanya dalam group, boleh share dengan mereka..

    Reply
  9. Alia says

    June 18, 2021 at 11:18 am

    Wah.. Boleh share kpada yang berminat ni.. For sure ramai yg berminat nk join navy ni

    Reply
  10. Izaramli says

    June 18, 2021 at 4:51 pm

    Permohonan dah buka ya. Menarik betul. Dulu pernah ada cita-cita nak belajar dekat UPNM tapi parents tak bagi pulak sebab risau anak dia jadi askar. Nanti Iza share dengan anak sedara kot2 ada yang nak apply.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022
  • ReLY Aplikasi Online Tuisyen Terbaik
  • KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA) 2023
  • LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
  • Seminar Pengukuhan Asas Akademik Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Sekolah Rendah
  • Kelas UPKK & PSRA Cuti Sekolah 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM