• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat

Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat

January 8, 2018

Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat| Assalamualaikum Sahabat !!

Rasa belum terlewat lagi kan untuk Sal ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua sahabat sahabat blogger yang dihormati dan lagi dikasihi . Semoga kalian semua diberi kesihatan baik yang berpanjangan . Aaamiin …  Sekejap betul masa berlalu , pejam celik … dah masuk tahun baru kan ! Bila masuk je tahun baru , akan muncul satu perkataan yang amat sinonim  .. ‘AZAM’ .. Betul  tak ?? Semua orang akan pasang azam atau keinginan untuk capai sesuatu dalam hidup . Ada jugak antara rakan rakan blogger yang Sal kagum sebab hampir ke semua impian dan apa yang dihajat dapat dicapai pada tahun 2017 . Tahniah uolss !! Untuk diri Sal sendiri , Sal nak ingatkan diri sendiri agar permulaan Tahun 2018 lebih fokus dan semangat . Bagi yang belum tercapai apa yang dihajati , sila teruskan usaha ya dan jangan sesekali ada rasa ‘putus asa’ dalam kehidupan . Ada sebabnya kenapa Sal kata gitu .. hehehe

Matlamat tanpa perancangan , ia hanyalah satu keinginan atau hajat yang belum tentu kita akan dapat  atau capai

Perancangan Hidup Perlu , Lebih Fokus dan Semangat

Dalam meniti kehidupan ni kan , semua orang pasti ada perancangan hidup  .. camtu gak la dengan Sal . Bila dah berkeluarga ni , fokus kita akan lebih kepada anak anak dan suami . Tanggungjawab akan jadi lebih besar tapi kan , Sal selalu ingatkan diri Sal sendiri .. sejauh manapun kita pergi .. apa pun kita buat .. kena berbalik mengingati pada Yang Maha Esa . Jangan ingat waktu susah je tau .. setiap masa , zikir … istighfar . Dan jika kita nak capai sesuatu dalam hidup kita , berusaha dan bertawakal … istiqamah . Selebihnya macam yang Sal tekankan , perlu sentiasa semangat dalam apa jua kita lakukan .

NOTA: Kusambut 2016….Selamat Tinggal 2015

Dari part keluarga , kita beralih pulak dengan kerjaya . Yang bekerja tu mesti dah ada ‘planning’ yang pihak company tetapkan . Sal pun sama jugak , ditambah dengan inisiatif yang kita perlu ‘fikir di luar kotak’ … huhuhu , makanya bertabah je la ye . Haaaiiipppp , tak baik mengeluh tapi jadikan sebagai cabaran . Sebab tu tahun ni , Sal nekad untuk lebih bersemangat dan fokus . Kerja dengan seikhlas hati .. bukan sebelum ni tak ikhlas tapi mungkin ada jugak part yang Sal culas . Biasa la manusia normal kan , mudah sangat alpa . Doakan niat Sal dipermudahkan ya .. dan untuk rakan rakan blogger semua , Sal doakan semua impian korang tercapai .

Kebahagiaan itu bukanlah bermakna segala-galanya sempurna … ia lebih memberi pengertiaan di mana kita perlu memutuskan untuk melihat di luar ketidaksempurnaan itu

Permulaan Tahun 2018 ... Lebih Fokus dan Semangat
Moga ujian yang mendatang dapat dihadapi dengan penuh kesabaran ..

Selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan ya !!

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Buah Goji Awet Muda
Kelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku
LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga
Previous: LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga
Next: Aplikasi Meditag Checker Pastikan Produk Bukan Tiruan

Comments

  1. Najeeb Abdullah says

    January 9, 2018 at 9:06 am

    Selamat Tahun Baru Kak Sal.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM