Pertama Kali Potong Rambut Di Kedai – Sal memang sejenis yang tak suka tengok rambut anak anak panjang . Nak bila cecah telinga … tetiba rasa rimas semacam . Macam baru ni rambut Kaisar Kazim panjang dan memang jenis cepat panjang rambut dia . Terus Sal mintak husband bawak ke kedai gunting yang berhampiran rumah dan ni pertama kali potong rambut di kedai .

Pertama Kali Potong Rambut Di Kedai Waktu Anak Masih Kecil

Pertama Kali Potong Rambut Di Kedai

Asyik bertangguh je nak gie gunting rambut baby dan kalini terus Sal nekad . Bukan apa , kesian pun ada sebab asyik menggaru je dia kat belah telinga .Better botak terus la senang nak tengok kulit kepala dia . Kadang tak perasan bila ada ruam atas kepala dan hope tak kena la . So far Alhamdulillah .. kepala dia ok cuma kat kulit muka ada naik rashes sikit .

Walaupun bukan anak yang pertama dibawa gunting ke kedai , seriau tu tetap ada sebab kecik lagi kan . Tapi Sal confident tengok yang tukang gunting . Nampak macam dah biasa .

Sampai je kedai , Mr Hubby duduk pegang baby sambil tukang gunting pakaikan kain alas tu . Jangan aspek Sal bawak ke kedai gunting yang macam dalam Mall tu ya. Bawak kedai biase je .

Pertama Kali Potong Rambut Di Kedai
senyap je dia …

Macam dah besar lak Sal rasa walhal Kaisar Kazim baru 4 bulan lebih . Relax je tengok dia dan sememangnya dia bukan jenis suka sangat mengamuk atau menangis . Cuma dalam situasi tertentu je dia berbunyi ,contoh macam lambat buat susu .. boring duduk lama dalam sesuatu tempat . So far dia paling mudah untuk dijaga . Alhamdulillah , dapat la ibu buat keja .

BACA JUGA: Lazz Susu Kambing Untuk Anak

Anak anak memang sejak dari kecik Sal dah ajar potong rambut di kedai . Risau jugak sebab bila tak diajar takut payah dah buat perangai lak waktu potong rambut . Ada jugak la kawan yang mintak tips macam mana Sal buat pada anak anak supaya tak susah ke kedai gunting rambut .

Seriously memang takde pun tips cuma rajin bawak je ke kedai gunting rambut masa kekekcik ni .  Lama kelamaan dyorang akan mintak sendiri gunting rambut bila dah besar .