Perumpamaan dan Kata Hikmah Yang Menarik – Tadi sepintas lalu baca paper , Sal tertarik dengan kata kata hikmah atau kiasan yang dikongsikan oleh penulis ruangan ‘Tumpang Lalu’ – Zulkifli Jalil . Unik betul nama ruangan dan penuh dengan adab kesopanan .

Perumpamaan dan Kata Hikmah Yang Menarik Sebahagian Daripada Motivasi Diri

Sal dulu masa zaman belajar cukup suka simpan kata kata hikmat sebagai peringatan dan motivasi untuk diri sendiri . Kadang tu siap buat nota kecil then letak kat meja study sebagai hiasan . La ni boleh je nak buat untuk meja keja tapi kesuntukan masa pulak . So , kita simpan dalam entri je !

Jom kita hayati kata kata hikmah dari peribahasa atau pepatah Melayu lama sebagai ingatan untuk diri sendiri …

  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah – Lao Tze
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang – Samuel Johnson
  • Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia , iaitu kerja dan bukannya usia – Richard Brinsley Sheridan
  • Komunikasi adalah sesuatu yang mudah , susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah – T.S Matthew
  • Jikalau satu satunya yang ada hanyalah tukul , maka semua masalah akan dilihat seperti paku – Maslow
  • Rakyat itu akar bangsa , jika akarnya sihat maka pokoknya akan hidup subur – Beng Tju
  • Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara – Abraham Lincoln
  • Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak mempercayai orang – Frank Crane
  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulknnya telah melakukan satu kesalahan lagi – Confucius
  • Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan , maka itu adalah dendam . Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa . Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan , itu adalah zalim . Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan , itu adalah mulia dan terpuji – La Roche

BACA JUGA: Masalah Dalam Kehidupan Umpama Kopi

Sebagai manusia , banyak yang kita pelajari dari sekeliling kita dan daripada tingkah laku manusia . Perbetulkan mana yang salah sebab setiap dari kesilapan itu tidak salah untuk diperbetulkan . Pepatah ada mengatakan yang kita perlu belajar dari kesilapan .

Berbalik dengan kata hikmah tadi , jangan lupa renung !!