Zakat Bukan Sekadar Fitrah PPZ – Perasan tak adakalanya dalam tempoh lima (5) hari kita bekerja , terkadang kita tenggelam dengan kesibukan kerja ! Dalam mengejar materialisme , terkadang kita tenggelam dengan kealpaan dan lupa untuk berpijak pada dunia yang nyata ? Setuju atau tidak , terpulang pada pemikiran dan kematangan masing masing untuk berfikir secara waras
Semua Dah tahu .. PPZ Zakat Bukan Sekadar Fitrah
Pernah tak korang terlintas di fikiran , dalam meniti hari di akhir zaman ni kan , sejauh manakah persediaan kita untuk menempuh hari pembalasan nanti ? Jom kita “audit ibadah fardhu” yang sengaja atau tidak sengaja ditinggalkan . Wajib bagi kita sebenarnya buat dengan cara qada’ atau menggantikannya supaya kita tidak meninggalkan dunia dalam keadaan berhutang dengan Allah SWT terutamanya dalam perihal Zakat.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) [Surah al-Taubah (9): 103]
Sememangnya benar bahawa kita telah menunaikan zakat setiap tahun , pada bulan Ramadan tetapi itu Zakat Fitrah . Bagaimana pula dengan Zakat Harta yang lain seperti Zakat Pendapatan , Zakat Simpanan , Zakat KWSP , Zakat Perniagaan , Zakat Saham , Zakat Emas dan lain lain ??
Zakat Fitrah – Zakat fitrah pada istilahnya merupakan sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan . Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa daripada kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna . Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri)
BACA JUGA: Bila Ada Yang Suka Ambil Kesempatan
Ya benar , waris boleh melunaskan zakat bagi pihak kita namun sejauh manakah jaminan yang waris kita maklum tentang hutang zakat kita ni kan . So better jika kita segera qada’ segala ibadah kita selagi masih diberi peluang bernafas . Semoga dengan usaha kita ini , Allah SWTakan membalasnya dengan sebaik-baik balasan dan melimpahkan berkat ke atas apa yang akan ditinggalkan kelak
Jenis Zakat Yang Perlu Anda Tahu
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat emas
- Zakat Perak
- Zakat KWSP
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Fitrah
- Fidyah

Skim Potongan Zakat Bulanan
Kalau korang nak tahu , bagi kakitangan kerajaan dan sektor swasta di area Wilayah Persekutuan , korang digalakkan melunaskan zakat pendapatan secara bulanan melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) . Skim PZB melalui potongan gaji merupakan saluran bayaran zakat yang terbaik dalam memastikan pembayaran korang konsisten dan selamat serta tidak membebankan apabila tiba hujung tahun . So tak perlu fikir dah nak ke kaunter PPZ
Bila ada yang mudah , kenapa perlu bersusah payah kan ?
Kempen Skim PZB ni berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai lalu sehingga 31 Disember 2023 . Paling best kempen ni menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian di Balkan, iPhone 15, vakum , syiling emas dan seterika stim jenama Philips . Kempen tersebut terbuka kepada semua pembayar zakat melalui saluran Skim PZB sama ada pembayar baharu atau pun mereka yang menambah jumlah potongan zakat
Jangan fikir panjang ya ! Rebut peluang yang ada berkenaan kempen ini :
Leave a Reply