Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur – Korang pernah terfikir tak bila kita makan di McDonald’s secara tak langsung kita dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan . Mesti korang perasan kan kehadiran tabung yang terdapat di McDonald’s .

Sumbanglah dengan seikhlas hati agar dapat membantu golongan yang amat memerlukan . Meh Sal nak share dengan korang mengenai aktiviti atau inisiatif yang dilaksanakan melalui program komuniti McDonald’s .

Bersama Menyokong Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur

Lama dah sebenarnya inisiatif ni dilaksanakan dan yang terkini McDonald’s laksanakan program komuniti untuk bantu rakyat di Pantai Timur . Kagum Sal dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi pulangan semula kepada masyarakat . Yang terkini sejumlah lebih RM590 ribu disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan di Terengganu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan demi meringankan beban .

Program Komuniti ini merupakan usaha tahunan McDonald’s mendekati masyarakat dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat . Antara inisiatif  kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s , pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak kanak sekolah rendah dari keluarga yang berpendapatan rendah .

Aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat amat dititikberatkan di mana McDonald’s sebagai syarikat terkemuka memiliki reputasi yang kukuh di Malaysia berperanan penting dalam mewujudkan impak positif kepada masyarakat  terutamanya di sekitar lokasi operasi .

Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting . Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik . Kerjasama awam swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji .

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Agihan Zakat Perniagaan Mcdonald’s Malaysia

McDonald’s baru baru ni telah menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000

Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur
(Kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

BACA JUGA: McDonald’s Malaysia Perluas Rangkaian McDelivery

Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam , ianya merupakan tuntutan agama untuk McDonald’s Malaysia mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. McDonald’s Malaysia telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Inisiatif Pekerjaan Melalui SLDN McDonald’s Untuk Belia/Beliawanis

Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur
(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

SLDN McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.  Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) , Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda Negara .

Para belia dan beliawanis dari negeri Terengganu amat dialukan untuk menyertai program latihan di SLDN McDonald’s . Diharap melalui program ini , belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing .

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan . Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma . Wow ! Banyak sungguh manfaat bila menyertai SLDN McDonald’s .

Program “Kembali ke Sekolah”

Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur
(empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.

Pendekatan McDonald’s Malaysia amat dikagumi Sal sebab lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ni . Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lepas merupakan yang terbesar setakat ni (jumlah sumbangan mencecah RM3 juta) bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini .

Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi:

  • Satu set pakaian seragam sekolah
  • Sepasang kasut
  • Sepasang stoking
  • Beg sekolah bernilai RM100.

McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari McDonald’s.
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari RMHC MALAYSIA
Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.