• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

March 15, 2021

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan antara bulan yang paling ditunggu dan dirindui . Moga kita semua berkesempatan untuk menempuhi ibadah puasa yang pastinya akan meninggalkan kenangan paling manis sepanjang 2021 . Kesempatan yang ada ni kan … Sal nak bercerita sikit tentang projek infaq Ramdan bersama dapur LapoWey .

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey
Jom kita ber’infaq .. rebut pahala di bulan yang mulia

Jom Kita Jayakan Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Jujur Sal katakan sebelum ni niat nak infaq tu memang sentiasa ada jauh di sudut dalam jiwa .. pendek kata amalan bersedekah dititipkan di hati . Amalan berkongsi ni bagus dan sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri dari pembaziran . Ni memang diakui sebab bila tak habis makan automatik kita akan teringat pada golongan yang kurang berkemampuan .

Tambah sejak pandemik COVID-19 melanda .. ramai yang terjejas dan mengalami kesukaran terutamanya dalam meneruskan kelangsungan hidup . Kadang bila dok terbaca dalam akhbar , media sosial atau viral di WhatsApp group tu .. rasa sedih sangat . Terpanggil untuk Sal bantu bersama selagi terdaya .

Alhamdulillah , bersyukur pada yang tak terkesan tapi jika ada kelebihan .. tak salahkan untuk kita berkongsi rezeki . Sebenarnya banyak je cara untuk kita berkongsi rezeki dan salah satunya adalah melalui berinfaq .

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:

Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya .

(Surah al-Baqarah, ayat 268)

Baru ni melalui geng Kelab Blogger Ben Ashaari , Sal mula mengenali Dapur LapoWey dengan lebih dekat lagi sambil memulakan aktiviti yang menjanjikan pulangan untuk saham di akhirat kelak . Insya Allah 

Dalam antara kita sedar atau tidak .. berinfaq sebenarnya mudah untuk kita buat . Tambah bila LapoWey buka ruang untuk kita jayakan misi Projek Infaq di bulan Ramadan . Kena rebut peluang yang ada dan bukan setiap bulan ada ya .

Rezeki ni kan kena sharing .. Sal dulu pun belajar dari salah seorang senior tempat keje yang tak pernah lokek . Seriously rezeki kita akan sellau ada , so jangan kedekut tau . Tambah bila bulan puasa … kena rebut untuk gandakan pahala dan untuk diri Sal sendiri .. ada target yang perlu dicapai  !!

Kenapa Kena Join Infaq Ramadan

Kebiasaannya bila kita nak share something dengan seseorang atau senang citer nak bagi makan ke , mesti nak rasa dulu kan . Pada Sal kira cam food testing la . Haa … Sal jenis nak rasa atau makan dulu . Bila sedap , baru kita on atau repeat order .

Yelahhhh … kalau tak sedap kang rasa cam bersalah je . KIta ni kalau boleh sure nak bagi orang makan menu yang paling sedap dan terbaik . Better kita rasa dulu . Dengan LapoWey ni memang recommended sangat !!

Bila korang tengok gambar tu … ace tengok kurma . Fresh sesangat . Bila makan krappp  kruuppp okeh .

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Berani cakap sebab Sal dah try . Bukan takat Sal je tau , member opis pun sama rasa . Macam Sal kata tadi , bila ada rezeki lebih .. kita share dengan kawan kawan . Jangan takut ‘jatuh miskin’ bila kita share rezeki atau infaq makanan pada orang lain , tambah dalam bulan Ramadan .

Bos pun kata sedap
sedap dan secukup rasa … sure repeat order
Dapur LapoWey
Time makan semua laju tau … tak bercakap langsung sebab tengah melayan rasa set daging salai gomonceh

Pelbagai menu pilihan yang korang boleh pilih bila join infaq Ramadan dengan Dapur LapoWey ni . Harga pun berpatutan dan dari segi kualiti pembungkusan memang tip top la . Sal tak kan ragu dah nak repat order dan teruskan niat nak join berinfaq sebab ada beberapa faktor yang buatkan Sal puas hati sangat dengan perkhidmatan LapoWey

  • Rasa Makanan yang cukup sedap
  • Packaging
  • Portion makanan
  • Harga berpatutan
  • Set menu termasuk kurma & air mineral
  • 6 menu menarik pelbagai pilihan
  • Minimum order 100pax (lebih pun takpe)
  • Harga bermula serendah RM8
  • Tempah awal sangat digalakkan

Cara Nak Join Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Seandainyaada syarikat korporat atau individu yang tengah survey untuk infaq masa bulan puasa di Bulan Ramadan , korang just inform pihak dapur LapoWey untuk booking menu yang nak diinfaqkan .

BACA JUGA: Persediaan Menghadapi Ramadan

Kalau rasa nak mintak pendapat pun boleh sebab pihak LapoWey akan layan setiap kemusykilan korang dengan baik . Ada juga Sal tanya beberapa perkara untuk lebih jelas dan atleast dah bersedia lebih awal untuk projek infaq Sal nanti . Korang doakan ya !!

Oh ya .. untuk khidmat penghantaran atau delivery bagi tujuan infaq  ianya PERCUMA bagi sekitar Lembah Klang sahaja. Penghantaran di luar Lembah Klang , kita boleh discuss lanjut . Takde perkara yang takleh berbincang kan ??

Urusan selanjutnya .. pihak LapoWey akan masukkan gambar ke dalam media sosial tanpa mendedahkan siapa penderma atau individu yang infaq makanan . Mudah je nak dapat ganjaran pahala kan selagi ada kemampuan .

“Berpandukan firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Dzariyat

Kita perlu berusaha dan buat sahaja untuk mentaati ALLAH SWT, kemudian perhatikan hasilnya. Ini kerana urusan rezeki adalah milik ALLAH. Jika kita dapat memahami keutamaan hidup ini iaitu beribadah kepada ALLAH, maka banyak persoalan rezeki boleh ditangani dengan mudah, dengan izin ALLAH SWT .

“Formula meraih rezeki adalah infaq di jalan ALLAH . Infaq mencabar keimanan kita . Kebanyakan orang suka menerima daripada memberi . Jika mengikut kaedah berpandukan AL-QURAN , ALLAH akan memberi ganjaran sehingga 700 kali ganda . ALLAH yang Maha Luas dan Maha Mengetahui memberikan rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki.

Jangan lepaskan peluang yang bukan selalu datang ya . Masih ada masa lagi dan jangan lupa bagitau kengkawan lain . Sal harap korang dapat panjangkan info tentang Projek Infaq Ramadan bersama Dapur LapoWey ni tau . Sal pun tengah plan nak share dengan kengkawan untuk join projek infaq . Bermula dari sehari dua .. moga ianya berpanjangan menjadi 10 hari .. 20 hari atau sebulan . Insya Allah moga dipermudahkan .

Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadan bersama Dapur Lapowey , korang boleh rujuk :

Website: https://www.lapowey.com/

Facebook: Lapo Wey

Instagram: @lapo_wey

Office : 03-77341278

Call/WhatsApp :

http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)

http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)

http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)

http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Pasar Tani Melawati Pelbagai Pilihan
Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat
Nak Demam Ke Ni
Previous: Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak
Next: Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Comments

  1. Ezna says

    March 16, 2021 at 11:41 am

    Bagus…kalau nak infaq makanan kat orang kenalah yang sedap macam kita yang makan ye tak?. Nampak portion pun besar. Harap dapat beri kegembiraan kepada mereka yang dapat infaq ni.

    Reply
  2. Mohd Zarin says

    March 16, 2021 at 2:18 pm

    Alhamdulillah, terima kasih sharing pasal program infaq macam ni. Sesuai sangat sebagai persediaan kita nak masuk bulan Ramadhan

    Reply
  3. Min says

    March 16, 2021 at 5:19 pm

    Eh bagusnya dapat berinfaq cara camni. Memang baguslah bila ada inisiatif macam ni kan? Ok leh la terus berinfaq

    Reply
  4. Nadia johari says

    March 16, 2021 at 6:33 pm

    Bagus sangat ade projek Infaq macam ni, Mudah orang nak buat kebaikan. Waktu pandemik ni, terhad, jadi bila ade projek macam ni, senang

    Reply
  5. Rawlins GLAM says

    March 16, 2021 at 10:33 pm

    bagus betul ada cara berinfaq sebegini. InsyaAllah akan ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan penyayang muncul dan menyertai peluang berinfaq ini kelak.

    Reply
  6. BELLA JAMAL says

    March 17, 2021 at 1:39 am

    InsyaAllah..memang niat nak join buat infaq. Semoga usaha baik ni dapat membantu org lain dan berikan pahala pada kita.

    Reply
  7. Sis Lin says

    March 17, 2021 at 9:15 am

    Alhamdulilah… moga semua yang terlibat mendapat rahmat dariNya dan ianya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.. alhamdulilah… tahniah buat semua…

    Reply
  8. Rane Chin says

    March 17, 2021 at 9:40 am

    Thanks for sharing this for a good cause! Nice job to Dapur LapoWey la, nak support also to them! Good info

    Reply
  9. Marina says

    March 17, 2021 at 10:54 am

    Bagus Lapowey buat program macam ni. Memudahkan urusan mereka yang nak berinfaq

    Reply
  10. Ayu Rafikah binti Mohd Amin says

    March 17, 2021 at 11:00 am

    Inisiatif yg diperkenalkan oleh lapowey ni mmg bagus. Apatah lagi dengan Hidangan yang ditawarkan nampak pun menyelerakan.

    Reply
  11. MUHAMMAD YUSUF AHMAD says

    March 17, 2021 at 2:11 pm

    alhamdulillah, salah satu program yang sangat bagus terutama sekali di bulan ramadhan

    Reply
  12. Ruby says

    March 17, 2021 at 2:55 pm

    Program yang bagus ni kak. Tq share. Dah hampir bulan Ramadan. Boleh la join Infaq bersama LapoWey ni.

    Reply
  13. Marianna says

    March 17, 2021 at 4:26 pm

    Senang nak berinfaq ada menu macam ni. Sedap2 semuanya, terus lapa

    Reply
  14. siennylovesdrawing says

    March 17, 2021 at 6:25 pm

    A very nice & thoughtful initiative for festive season & to contribute to the communities, thanks for sharing this. cheers,siennylovesdrawing

    Reply
  15. messarah says

    March 18, 2021 at 8:51 am

    sedapnya tengok lauk tu bagus inisiatif nak berinfaq makanan macam ni. semoga dipermudahkan

    Reply
  16. Kitkat Nelfei says

    March 18, 2021 at 10:08 am

    Bagus ada initiative ni and easy for them yang ingin beramal time Ramadan nanti..boleh share ni dengan my friends juga ahh..

    Reply
  17. Saidila Abdul Rahman says

    March 18, 2021 at 12:46 pm

    Memang puas hati sangat jika berinfaq makanan dari dapur Lpowey nih. Kita sendiri makan dah sedap orang lain yang terima infaq makanan ni nanti lagilah suka. Apapun yang penting semoga Allah terima amal kebaikkan kita dan diganjarkan dengan pahal yang berlipat ganda.

    Reply
  18. Allene says

    March 19, 2021 at 2:57 pm

    Insyaallah… Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    Reply
  19. Hafiza Aizzawa says

    March 22, 2021 at 11:06 am

    sedapnya tgk menu.. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie..

    Reply
  20. BEST PLACES TO VISIT IN THE USA says

    August 17, 2022 at 9:58 am

    Insyaallah… Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022
  • ReLY Aplikasi Online Tuisyen Terbaik
  • KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA) 2023
  • LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
  • Seminar Pengukuhan Asas Akademik Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Sekolah Rendah
  • Kelas UPKK & PSRA Cuti Sekolah 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM