Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

In Info & Ilmu

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan antara bulan yang paling ditunggu dan dirindui . Moga kita semua berkesempatan untuk menempuhi ibadah puasa yang pastinya akan meninggalkan kenangan paling manis sepanjang 2021 . Kesempatan yang ada ni kan … Sal nak bercerita sikit tentang projek infaq Ramdan bersama dapur LapoWey .

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey
Jom kita ber’infaq .. rebut pahala di bulan yang mulia

Jom Kita Jayakan Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Jujur Sal katakan sebelum ni niat nak infaq tu memang sentiasa ada jauh di sudut dalam jiwa .. pendek kata amalan bersedekah dititipkan di hati . Amalan berkongsi ni bagus dan sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri dari pembaziran . Ni memang diakui sebab bila tak habis makan automatik kita akan teringat pada golongan yang kurang berkemampuan .

Tambah sejak pandemik COVID-19 melanda .. ramai yang terjejas dan mengalami kesukaran terutamanya dalam meneruskan kelangsungan hidup . Kadang bila dok terbaca dalam akhbar , media sosial atau viral di WhatsApp group tu .. rasa sedih sangat . Terpanggil untuk Sal bantu bersama selagi terdaya .

Alhamdulillah , bersyukur pada yang tak terkesan tapi jika ada kelebihan .. tak salahkan untuk kita berkongsi rezeki . Sebenarnya banyak je cara untuk kita berkongsi rezeki dan salah satunya adalah melalui berinfaq .

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:

Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya .

(Surah al-Baqarah, ayat 268)

Baru ni melalui geng Kelab Blogger Ben Ashaari , Sal mula mengenali Dapur LapoWey dengan lebih dekat lagi sambil memulakan aktiviti yang menjanjikan pulangan untuk saham di akhirat kelak . Insya Allah 

Dalam antara kita sedar atau tidak .. berinfaq sebenarnya mudah untuk kita buat . Tambah bila LapoWey buka ruang untuk kita jayakan misi Projek Infaq di bulan Ramadan . Kena rebut peluang yang ada dan bukan setiap bulan ada ya .

Rezeki ni kan kena sharing .. Sal dulu pun belajar dari salah seorang senior tempat keje yang tak pernah lokek . Seriously rezeki kita akan sellau ada , so jangan kedekut tau . Tambah bila bulan puasa … kena rebut untuk gandakan pahala dan untuk diri Sal sendiri .. ada target yang perlu dicapai  !!

Kenapa Kena Join Infaq Ramadan

Kebiasaannya bila kita nak share something dengan seseorang atau senang citer nak bagi makan ke , mesti nak rasa dulu kan . Pada Sal kira cam food testing la . Haa … Sal jenis nak rasa atau makan dulu . Bila sedap , baru kita on atau repeat order .

Yelahhhh … kalau tak sedap kang rasa cam bersalah je . KIta ni kalau boleh sure nak bagi orang makan menu yang paling sedap dan terbaik . Better kita rasa dulu . Dengan LapoWey ni memang recommended sangat !!

Bila korang tengok gambar tu … ace tengok kurma . Fresh sesangat . Bila makan krappp  kruuppp okeh .

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Berani cakap sebab Sal dah try . Bukan takat Sal je tau , member opis pun sama rasa . Macam Sal kata tadi , bila ada rezeki lebih .. kita share dengan kawan kawan . Jangan takut ‘jatuh miskin’ bila kita share rezeki atau infaq makanan pada orang lain , tambah dalam bulan Ramadan .

Bos pun kata sedap
sedap dan secukup rasa … sure repeat order
Dapur LapoWey
Time makan semua laju tau … tak bercakap langsung sebab tengah melayan rasa set daging salai gomonceh

Pelbagai menu pilihan yang korang boleh pilih bila join infaq Ramadan dengan Dapur LapoWey ni . Harga pun berpatutan dan dari segi kualiti pembungkusan memang tip top la . Sal tak kan ragu dah nak repat order dan teruskan niat nak join berinfaq sebab ada beberapa faktor yang buatkan Sal puas hati sangat dengan perkhidmatan LapoWey

  • Rasa Makanan yang cukup sedap
  • Packaging
  • Portion makanan
  • Harga berpatutan
  • Set menu termasuk kurma & air mineral
  • 6 menu menarik pelbagai pilihan
  • Minimum order 100pax (lebih pun takpe)
  • Harga bermula serendah RM8
  • Tempah awal sangat digalakkan

Cara Nak Join Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Seandainyaada syarikat korporat atau individu yang tengah survey untuk infaq masa bulan puasa di Bulan Ramadan , korang just inform pihak dapur LapoWey untuk booking menu yang nak diinfaqkan .

BACA JUGA: Persediaan Menghadapi Ramadan

Kalau rasa nak mintak pendapat pun boleh sebab pihak LapoWey akan layan setiap kemusykilan korang dengan baik . Ada juga Sal tanya beberapa perkara untuk lebih jelas dan atleast dah bersedia lebih awal untuk projek infaq Sal nanti . Korang doakan ya !!

Oh ya .. untuk khidmat penghantaran atau delivery bagi tujuan infaq  ianya PERCUMA bagi sekitar Lembah Klang sahaja. Penghantaran di luar Lembah Klang , kita boleh discuss lanjut . Takde perkara yang takleh berbincang kan ??

Urusan selanjutnya .. pihak LapoWey akan masukkan gambar ke dalam media sosial tanpa mendedahkan siapa penderma atau individu yang infaq makanan . Mudah je nak dapat ganjaran pahala kan selagi ada kemampuan .

“Berpandukan firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Dzariyat

Kita perlu berusaha dan buat sahaja untuk mentaati ALLAH SWT, kemudian perhatikan hasilnya. Ini kerana urusan rezeki adalah milik ALLAH. Jika kita dapat memahami keutamaan hidup ini iaitu beribadah kepada ALLAH, maka banyak persoalan rezeki boleh ditangani dengan mudah, dengan izin ALLAH SWT .

“Formula meraih rezeki adalah infaq di jalan ALLAH . Infaq mencabar keimanan kita . Kebanyakan orang suka menerima daripada memberi . Jika mengikut kaedah berpandukan AL-QURAN , ALLAH akan memberi ganjaran sehingga 700 kali ganda . ALLAH yang Maha Luas dan Maha Mengetahui memberikan rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki.

Jangan lepaskan peluang yang bukan selalu datang ya . Masih ada masa lagi dan jangan lupa bagitau kengkawan lain . Sal harap korang dapat panjangkan info tentang Projek Infaq Ramadan bersama Dapur LapoWey ni tau . Sal pun tengah plan nak share dengan kengkawan untuk join projek infaq . Bermula dari sehari dua .. moga ianya berpanjangan menjadi 10 hari .. 20 hari atau sebulan . Insya Allah moga dipermudahkan .

Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadan bersama Dapur Lapowey , korang boleh rujuk :

Website: https://www.lapowey.com/

Facebook: Lapo Wey

Instagram: @lapo_wey

Office : 03-77341278

Call/WhatsApp :

http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)

http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)

http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)

http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

19 commentsOn Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu