Promosi September 2018 Bangi Wonderland – Korang dah pernah pegi ke Bangi Wonderland ?? Sal baru pertama kali jejak wekeend lepas . Kebetulan ada ruang dan berkesempatan nak bawak anak anak . Lama jugak tak jejak water park . Lagipun Bangi tak jauh mana kan ..
Boleh Tahan Juga Harga Promosi September 2018 Bangi Wonderland ..
Sal syorkan sangat pada yang belum pernah datang ke Bangi Wonderland korang patut datang wehhh … bawak anak anak sekali . Macam baru ni Sal pegi dalam jam 10 pagi … jam 2 lebih baru keluar . Betapa seronoknya anak anak yang sememangnya bila jumpa air takmo balik dahhhhh … sabar je la !
Meh nak story sikit … sampai je kat sana , tak ramai sangat di kaunter . Sangat smooth dan tetiba Sal terpandang sesuatu yang perlu Sal kongsikan dengan korang :

Baik korang grab sementara bulan September belum melabuhkan tirainya . This week pun dah gajikan . Berbaloi sangat dah promosi bulan ni . Jangan kata seisi keluarga , untuk wanita pun ada ! Berbanding dengan harga biasa , pulun la beli tiket untuk bulan September ni .
Dan tak lama lagi pun cuti sekolah akan bermula jugak . Bila akhir tahun , ramai cikgu yang nak buat rombongan untuk anak anak murid tersayang kan ?? Bak kata orang sebagai tanda ingatan dan mencipta keseronokan pada anak anak yang dah penat belajar , apa kata para cikgu buat rombongan ke Bangi Wonderland . Harga pun menarik dan super jimat ..

Apa Yang Menarik di Promosi September 2018 Bangi Wonderland
Bila sentuh part yang menarik ni kan .. banyak sangat yang Sal nak share . Masa di water park Sal biar kan Khalish dan Khaleef explore sendiri . Ramai krew water park yang menjadi pemerhati setia dari segi keselamatan . Sebab tu Sal tak berapa nak risau sangat cuma kalau part slide yang mencabar tu Sal perhatikan jugak . Oh ya ! masa pegi tu Sal bawak mak , jadinya Sal sewa cabana untuk keselesaan mak dan anak anak .
Tak nak sewa pun boleh sebab banyak tempat lepak disediakan .. cuma untuk keselesaan kita letak barang atau nak salin baju anak yang kecil , bolehla sewa cabana .
Pasal makan pulak , korang jangan risau sebab di sini ade je jual dan harga pun pada Sal amat berbaloi – standard . Anak anak Sal bila dah jumpa air , tak ingat nak makan . Tu pun Sal paksa makan . Jadinya bila beli nasi ayam tu kami kongsi anak beranak . Meriah !! Selain tu macam sosej , nugget , laksa , mee kari boleh beli buat alas perut kan . ABC pun ada jual tau ..
Ape lagi ek Sal nak kongsikan … haaa , kalau nak best lagi korang kena sewa tube . Baru menikmati setiap aktiviti yang disediakan . Sal sewa 1 sebab Khalish & Khaleef mintak nak main slide . Ada slide yang perlu tube .. so ikutkan je . Janji anak anak happy ..
BACA JUGA: Sunway Lagoon Water Park Percutian Singkat Yang Menyeronokkan
Antara gambar yang sempat Sal snap , sory kalau kureng sebab dok berkejar dengan Kaariz …





Ada peluang , Sal nak repeat lagi . Untuk maklumat lanjut , korang boleh rujuk:
Web: www.bangiwonderland.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Instagram: https://www.instagram.com/officialbangiwonderland
Wowww, murah dah tu harga dia kalau ikut pakej tu