Puding Roti Simple Buat Alas Perut – Kekadang malas nak turun cafe opis , Sal bawak bekal je . Tak kisah la ape pun janji simple dan mengenyangkan . Time rajin , saje bawak ke opis atleast boleh makan ramai ramai . Bila ramai berebut , meriah dan seronok .

Menu Simple Sarapan Pagi – Puding Roti Simple Buat Alas Perut

Dan harini Sal breakfast puding roti tanpa sirap , hehehe . Buat gitu je cuma maniskan sikit sebab malas nak bawak sirap . Bukan apa takut tumpah .

Puding Roti Simple Buat Alas Perut
Puding Roti Simple Buat Alas Perut
kita letak kismis sebagai hiasan pembuka selera…
Korang breakfast apa harini ?? Kalau ada resepi simple jangan segan nak share dengan Sal ya .
Meh nak kongsi resepi Puding Roti Simple …

Bahan – bahan:

  • 5 atau 6 keping roti Wholemeal
  • 1 tin susu krimer sejat – Carnation atau F & N
  • 2 sudu teh gula pasir – boleh tambah sekiranye suka manis
  • sedikit majerin – untuk disapu pd roti  dan loyang pembakar
  • 1/2 cawan kismis atau buah2an cumpur

Cara – cara:

  • Bahagian tepi roti Wholemeal yang warna coklat dipotong dengan menggunakan gunting. Kemudian roti yg bersih tadi dipotong 4.
  • Susu & gula dimasukkan ke dalam periuk & dikacau di atas api sehingga gula larut. Pastikan jangan sampai susu hangit.
  • Loyang pembakar disapukan dengan marjerin supaya tidak melekat.
  • Susun roti yang dipotong 4 tadi di dalam loyang pembakar menutupi bahagian bawah loyang.
  • Kemudian tuangkan susu tadi di atas roti & taburkan kismis atau buah-buahan campur.
  • Ulang semula proses di atas sehingga semua roti, susu & kismis atau buah-buahan campur habis.
  • Bahagian tepi roti tadi, dipotong kecil dan ditaburkan di atas puding tadi. Bila sudah masak, bahagian ini akan menjadi ranggup sedikit. Kalau ada lagi kismis atau buah-buahan campur, taburkan aje.
  • Masukkan loyang ke dalam oven & bakar sehingga masak.
  • Sedap dimakan semasa panas

Selamat Mencuba !!