![]() |
Dengung akan menyebabkan rasa tekanan…. (Picca Google) |
Sesekali penah gak Sal rasa telinga berdengung….dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘Tinnitus’ memang rasa tak selesa..nak kalau dalam kapal terbang…lagi la rasa tapi sekejap je sebab berpunca dari tekanan tinggi…melalui pembacaan Sal baru ni…bahaya gak kalau dengungan tu berlaku secara berlarutan sehingga berminggu masuk berbulan dan sampai boleh ganggu tumpuan termasuk sukar tidur….tertarik pulak Sal nak kongsi info kat sini…
Adakalanya bunyi dengung tu dikatakan berpunca dari benda asing yang termasuk dalam telinga macam serangga atau air..dan ada jugak yang mengatakan disebabkan oleh jangkitan kuman …bila cecair terkumpul..akan menyebabkan gegendang telinga berlubang dan berlaku ketumbuhan pada saraf pendengaran…Subhanallah…jangan pandang ringan ya kalau telinga berdengung … rupanya dari biasa…akan jadi luar biasa…
Bunyi dengung yang berlarutan perlu dirawat sebab kalau tak dirawat akan meninggalkan kesan emosi pada pengidap…akan rasa tak selesa sentiasa dan masalah dengung ni juga akan menyebabkan jangkitan selsema yang teruk pada hidung dan oleh menyebabkan BARAH !! Serious…terkejut Sal baca part ni..
![]() |
Kenali bahagian dalaman telinga… (Picca Google) |
Pernah terdapat satu kes di mana pesakit rasa tak selesa di telinga tapi gagal dapatkan rawatan segera..bila pemeriksaan dilakukan..rupanya pesakit telah diserang barah pada bahagian belakang hidung…keadaan ini seterusnya menyebabkan pesakit mengalami kurang pendengaran dan wajah jadis senget sebab ketumbuhan dah menyerang saraf di bahagian muka…jangan ambil mudah kalau ada rasa tak selesa pada telinga…segera check !!
Penyakit barah di belakang hidung sangat sukar dikesan di klinik biasa kecuali menerusi pemeriksaan oleh Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) menggunakan kamera khas…bila usia telah melebihi 50 tahun ke atas..sel dalam koklea akan mati dan menyebabkan telinga sering berdengung…tetapi hingga saat ini masih tiada rawatan untuk mengatasinya…pesakit hanya akan diberi sesi kaunseling untuk menerima keadaan tersebut …bila umur dah lanjut…kekurangan itu pasti ada…dan akan ditarik balik oleh Yang Maha Berkuasa…Allah SWT…dan kita perlu pasrah bahawa apa yang dimiliki kini adalah pinjaman semata…
Cara Mengatasi Masalah Tidak Boleh Tidur Akibat Telinga Berdengung:
- Ubah fikiran kalau tak boleh tidur…
- Tidur bila mengantuk
- Jangan bersenam sejam sebelum masuk tidur
- Jangan minum minuman yang berkafein
- Kurangkan minum air pada waktu malam
- Pastikan bilik tidur bersih dan sejuk
Hati hati ya masa bersihkan telinga…kalau boleh jangan korek telinga pakai putik kapas…dikhuatiri tahi telinga akan ditolak masuk ke bahagian dalam telinga…benda tajam pun jangan sebab takut luka di bahagian dalaman telinga dan seterusnya berlaku jangkitan kuman…
Mencegah lebih baik dari merawat !!
Sumber Info: Berita Harian
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply