Pupuk Minat Anak Dalam Pelajaran – Dalam membesarkan anak-anak , pastinya pelbagai cabaran yang akan kita tempuhi . Fasa yang sedang Sal hadapi sekarang ni adalah mengenali kecenderungan dan minat anak anak . Paling yang Sal rasa sukar adalah untuk memupuk sikap anak anak agar minat terhadap pelajaran .

Kenapa Perlu Pupuk Minat Anak Dalam Pelajaran

Umum tahu ,betapa pentingnya pelajaran tu . Sal tak nak anak ketinggalan dan bukan bermakna anak anak tak berpeluang untuk bermain atau membuta sesuatu aktiviti yang menjadi minat . Masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin .

BACA JUGA: Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

Sal sentiasa cari gali ilmu untuk mempelajari cara untuk pupuk minat anak dalam pelajaran . Sebenarnya , anak anak ni ada keistimewaan masing masing . Cuma kita sebagai parents kena selalu dekatkan diri dan cari di mana terletaknya kelebihan seseorang anak itu .

Adakalanya Sal hampir putus ada tapi tak kan nak menyerah terus . Sebaliknya kita cuba sedaya upaya mengatasi setiap permasalahan yang berlaku . Sal percaya yang setiap anak itu dilahirkan dengan kepelbagaian potensi dan kecenderungan yang amat berbeza .

Sal nak share sikit TIPS yang dikenal pasti untuk menggalakkan anak minat belajar . Melalu pembacaan Sal ada beberapa perkara yang boleh dititikberatkan …

  • Dedahkan anak dengan beberapa teknik kemahiran belajar yang menyeronokkan supaya dia dapat rasai yang belajar itu bukannya susah dan membosankan .
  • Sediakan satu ruang khas untuk tempat belajar di rumah dan kalau boleh jauh daripada tv dan gajet yangmengundang tarikan fokus.
  • Berada di sisi anak yang sedang belajar dan jawab pertanyaan dari  anak sekiranya ada persoalan yang diutarakan terhadap pelajaran. Anak akan berasakan yang paretns turut berminat untuk belajar .
  • Lontarkan beberapa soalan yang dapat memberangsang minat untuk belajar dan berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengembangkan mindanya.
  • Jadikan belajar sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan dan bukan mendatangkan tekanan atau rasa dibebani.
  • Parents perlu mempunyai pengetahuan dan mengetahui kandungan subjek pelajaran anak supaya dapat membantu anak anak .
  • Kenal pasti kelemahan anak. Kena amik tahu jangka masa berapa lama anak boleh bertahan untuk fokus sewaktu mengulang kaji pelajaran dan jangan sesekali memaksanya melakukan sesuatu di luar kemampuannya
  • Galakkan anak melakukan aktiviti tertentu yang menjadi minat dan kecenderungannya

Namun jangan sesekali lupa terhadap perkembangan anak secara holistik ya . Anak yang berkembang secara holistik biasanya mempunyai sahsiah diri yang mantap.

Mereka bukan hanya berdaya intelektual tinggi malahan mampu mengenali potensi diri sendiri, bijak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, menghayati kepentingan kebersihan diri dari segi fizikal serta mental, celik emosi, mahir bersosial dan berkomunikasi , mampu mengawal diri, perasaan di samping mampu berfikir secara kritis mahupun kreatif.