• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

May 5, 2021

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang tidak diampunkan oleh Allah di bulan yang berkat dan penuh kerahmatan ini . Perbanyakkan amalan di malam malam terakhir ini ya duhai sahabat !! Dan bila dah akhir puasa ni , Sal nak juga selit bertanya . Macam mana dengan persiapan korang dalam menyambut kedatangan Aidilfitri ? Harini Sal nak share sikit tentang Pusat Pakaian Hari-Hari baju Raya sedondon harga berbaloi .

Contents

    • Jom Shopping bersama Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi
    • Pilihan Terbaik Pakaian Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-Hari
        • BACA JUGA: Resipi Rendang Daging Raya Confirm Jadi
    • Selesa Sungguh Berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari
    • Pelbagai Pilihan Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-hari Pakaian
    • 85 Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari Seluruh Malaysia
        • https://www.ehari.com.my/Branch
        • Website: www.ehari.com
        • Facebook: www.facebook.com/harihari
        • Instagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/
  •  

Jom Shopping bersama Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi
Jom kita singgah Pusat Pakaian Hari-Hari

Cepat sungguh masa berlalu . Tup .. tup kita dah sampai ke penghujung Ramadan . Rasanya walaupun kita masih dalam suasana pandemik , tak salah untuk kita sediakan kelengkapan bagi meraikan hari kemenangan kelak .

Macam Sal , lebih kepada nak happy kan anak anak . Rewards sebab berpuasa pun ye jugak . Alaaa .. yang sebenarnya Sal seronok tengok anak anak berpakaian sedondon di pagi raya nanti . Tu sebab tak lengah Sal ajak Mr Hubby pegi Pusat Pakaian Hari-Hari .

Masing masing sibuk memilih , bincang dulu untuk pilih color
Kemain pilih baju ikut citarasa sendiri … hehehe

Boleh dikatakan antara lokasi shopping pilihan utama Sal adalah Pusat Pakaian hari-Hari sebab banyak pilihan . Tak disangkal lagi yang Pusat Pakaian Hari-Hari antara lokasi tumpuan yang sentiasa menjadi sebutan dan menonjol dalam kalangan masyarakat tempatan . Pusat Pakaian Hari-Hari bukan setakat menawarkan konsep raya sedondon tapi lagi best ada tawaran harga menarik untuk para pelanggan !! Pelbagai pilihan baju raya untuk dewasa dan kanak kanak terdapat di Hari-Hari.

Tu yang membuatkan Sal suka datang Pusat Pakaian Hari-hari . Korang jangan risau sangat tentang SOP , pihak Pusat Hari-Hari memandang serius tentang pemakaian mask , hand sanitizer , penjarakan . Anak Sal pun sampai tak bukak mask sebab ditegur oleh kakak promoter … heheheh

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi
SOP tetap dititikberatkan kepada pengguna yang masuk berbelanja

Syok shopping baju kat sini sebab fesyen pun antara yang terkini dan dari segi saiz pun meliputi pelbagai peringkat umur . So memang tak pening kepala nak fikir dan paling best kan , kalau nak raya ni kebiasaannya mak mak akan cari baju yang sedondon untuk anak anak

Haaa .. Pusat Pakaian Hari-Hari la antara pusat membeli belah pakaian yang sangat recommended !! Korang pilih je sehelai baju dan memenuhi color citarasa korang … pastu mintak je bantuan adik ‘promoter’ tu . Confirm , korang akan dilayan dengan baik .

Pilihan Terbaik Pakaian Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-Hari

Sebut je Pusat Pakaian Hari-Hari , lagi la kalau part baju sekolah , baju raya , kasut , songkok … semua ada dan serba lengkap dari hujung rambut hingga kaki . Paling geram kan kalau apa yang nak dibeli tak de .. dah nak kena cari kedai lain . Tapi di Pusat Pakaian Hari-Hari akan mempermudahkan apa yang korang nak beli .

Bila bercakap tentang fesyen , masa Sal beli baju raya sedondon color untuk anak anak kan , boleh dikatakan sampai rambang la mata ni nak pilih . Pegang ni letak … ambik yang nun letak . Siap mintak bantuan adik ‘promoter’ .. boleh pilihkan tak mana yang cantik .. hehehe

BACA JUGA: Resipi Rendang Daging Raya Confirm Jadi

Semua fesyen dari yang klasik sampai moden ade tau . Dan untuk raya kalini ni memang beli kat sini je . Lagipun kualiti kain berkualiti dan harga mampu milik .

Kenapa nak berbelanja lebih sedangkan kita boleh dapat yang jauh lebih murah dan berbaloi kan ?? Meh jamu mata korang sikit ..

Cantik cantik baju yang ada di Pusat pakaian Hari-Hari
Yang mana satu pilihan kalbu ..

Selesa Sungguh Berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari

Perasan tak masa korang melangkah masuk di Pusat Pakaian Hari-Hari , korang akan di sapa dengan perkataan keramat ‘Selamat Datang’ ? Dan seterusnya segala pertanyaan akan dilayan dengan baik .

Pengalaman Sal kan , masa anak anak test baju .. ada la jugak baju tu bersepah dan tak digantung balik . Adik promoter senyum je …

“Takpe kak .. dah keja kami . Nanti lepas test letak je dalam bakul . Bagitau nak size apa , kami akan amik . Yang penting size sesuai dengan anak . Jenuh nak kena tukar dan datang balik”

Haaaa … sampai gitu sekali layanan yang diberi . Bila nak balik siap cakap “Terima Kasih … Datang Lagi” . Sejuk betul hati bila shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari .

Pelbagai Pilihan Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-hari Pakaian

Masa cari baju anak anak , bukan setakat beli baju raya je tau , seluar track suit , seluar tido …semua borong tau . Macm Sal kata tadi , kualiti sangat  diyakini . Kopiah untuk anak anak pun beli sini . Harga memang murah la .

Anak anak pun happy shopping sini .

Sejuk mata memandang susunan songkok pelbagai size ..

Misi cari baru raya pun dah selesai . Tapi kan , niat di hati nak repeat balik sebab nak cari tshirt dan jeans untuk anak anak . Sempat lagi ni sebelum raya . Pada yang belum shopping tu , moh le kita ke Pusat Pakaian Hari-Hari . Banyak jugak promosi tengah on sekarang ni . Jangan lewat sangat … nanti size takde .. color yang tinggal tak berkenan . Ajak sekali sedara mara , orang kampung , penduduk taman , rakan taulan , kita meriahkan Pusat Pakaian Hari-Hari .

Jangan lupa grab sekali promosi yang tengah on sekarang tau !! Dengan setiap pembelian RM100 ke atas , korang akan dapat free gift iaitu angpow atau paket raya yang comel . Dan untuk pembelian RM200 ke atas pulak , korang akan dapat woven bag color purple percuma – selagi stok masih ada .

Jangan lewat sangat shopping tu .. nanti melepas gift ni..

85 Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari Seluruh Malaysia

Pusat Pakaian Hari-Hari kini mempunyai 85 Cawangan di seluruh Malaysia dan bakal dibuka 5 lagi cawangan iaitu di Klang , Kajang, Tampin  , Bukit Mertajam dan Kedah .

Seandainya korang nak tahu lokasi terdekat dengan korang , boleh check kat sini

https://www.ehari.com.my/Branch

Kalau korang tak berpeluang mebeli belah di Pusat Pakaian Hari Hari , korang boleh shopping secara online . Korang klik je www.ehari.com atau singgah di Shopee Hari-Hari untuk pembelian dan nikmati diskaun hebat sehingga 15%.

Tak perlu dah nak keluar rumah dan dalam masa yang sama terus dapat diskaun !! Shopping jangan tidak ya …

Datang bersama keluarga pasti baju raya setel!

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Pakaian Hari Hari , sila layari :

Website: www.ehari.com

Facebook: www.facebook.com/harihari

Instagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/

 

My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Sesungguhnya…Bagila Sedikit Ruang
Gambar Raya Family 2015
cara atasi kulit berminyakCara Atasi Kulit Berminyak
Previous: F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan
Next: Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Bersama Fly High Training Centre

Comments

  1. Rawlins GLAM says

    May 6, 2021 at 4:59 pm

    Memang best kalau pergi satu tempat dan boleh selesaikan semua pilihan pakaian untuk seisi keluarga. Dengar kata, harga pun berpatutan ye kan

    Reply
  2. Fadima Mooneira says

    May 6, 2021 at 5:03 pm

    Wow!!!!!!!! This is really a good store to shop for clothes. Hari Hari memang syok. Harga dia sgt berpatutan.

    Reply
  3. Sis Lin says

    May 7, 2021 at 10:23 am

    Memang berbaloi-baloi kalau belanja di sini.. adik-adik Sis pun soping sini untuk anak-anaknya.. dan kitaorang kalau buat CSR pun beli sini.. murah dan berbaloi./

    Reply
  4. Kitkat Nelfei says

    May 7, 2021 at 11:06 am

    Oh mai, beg dia yang tarik my perhatian sebab purple haha! Btw, seriously banyak juga ye pilihan kat kedai Pakaian Hari Hari ni! Unlike few shopping mall, limited choice dah skrg! next time boleh plan trip ke sini..

    Reply
  5. Tekkaus says

    May 7, 2021 at 11:43 am

    Bestnya boleh beli baju raya yang matching matching kan. Cantik dan paling best harga berpatutan. 🙂

    Reply
  6. Nadia johari says

    May 7, 2021 at 12:05 pm

    Bnayak pilihan baju dekat sini. Senang complete satu family siap. Nad pun beli dekat sini. Mujur ada saiz semua dan cantik2..heehee..Murah pun murah

    Reply
  7. Ummi | Ummi Goes Where? says

    May 7, 2021 at 5:52 pm

    Bagusnya shopping raya kat sini. Senang, boleh beli baju raya sedondon untuk satu family sekaligus.

    Reply
  8. sueizza says

    May 9, 2021 at 1:12 am

    berbaloi ,dan syukur dapat terus satu family kat hari2,tak yah pegi kedai lain senang cite

    Reply
  9. Tini says

    May 9, 2021 at 1:36 pm

    Bagus ya Pusat Pakaian Hari-Hari ni… Walaupun ramai pelanggan sedang giat membuat persiapan raya, SOP tetap diutamakan… Tak sangka ya dah 85 branch yang ada… Kami sekeluarga pun memang suka berpakaian sedondon di Aidilfitri… Bolehlah recce nanti…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM