• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Rahsia Demam

Rahsia Demam

October 9, 2014

Selsema melanda lagi..Subahanallah..Alhamdulillah..
dugaan bila hidung tak selesa…
kepala berat..tapi saya gagahkan jugak 
untuk melunaskan tanggungjawab…
Moga dipermudahkan segalaNYA..amin…
Harini dapat info baru…tentang Rahsia Demam Ubay…
siapa Ubay?
Beliau merupakan sahabat Rasulullah SAW..
Pernah satu ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: 
“Wahai Rasulullah, apabila seseorang tertimpa penyakit, 
apakah kelebihan yang diberikan baginya?”
Baginda bersabda: “Penyakit itu akan menggugurkan dosa-dosanya.”
Ia bertanya lagi: “Sekalipun penyakit itu ringan sahaja?”
Baginda menjawab: “Sekalipun hanya sepotong duri yang menusuknya.”

Lalu apabila Ubay mendengar…
beliau sangat berminat untuk dapatkan kelebihan tersebut dan mula berdoa
 “Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, 
janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk 
melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu.”

Allah SWTmmakbulkan doa beliau dan sejak dari itu demam tidak 
pernah berpisah dengan beliau..badannya sentiasa panas pada setiap masa…
tetapi beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, 
selalu berpuasa, melakukan haji dan umrah, juga ikut serta dalam jihad di jalan Allah SWT.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim dan al-Baihaqi.


Sentiasa ingat…mengingati…

Kita tidak perlu meminta sakit seperti Ubay bin Kaab. 
Sebab iman kita tidak setebal iman beliau. 
Boleh jadi bila kita sakit, kita tak mampu bersabar, 
apa lagi beristiqamah dalam kerja dan amal seperti yang dilakukan beliau..

Cukuplah bersyukur apabila diberikan kesihatan dan kesejahteraan.. 
Dan apabila penyakit datang….kita bersabar sambal mengingati 
pelbagai pahala besar yang tersembunyi di sebalik penyakit tersebut.

Kita juga kena sentiasa beringat bahawa ujian 
tidak akan lari dari kehidupan seharian kita..
pasti akan dihadapi…dalam pelbagai bentu…
kesakitan…kemiskinan…kesusahan

jagan mengeluh…mengenang kesulitan yang dihadapi..
setiap kali ditimpa musibah…seorang Muslim itu harus berfikiran positif.. 

Kunci utama…Sabar dan Reda..
sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Seorang mukmin laksana pokok yang tinggi. Setiap saat angin selalu menerjangnya. 
Dan seorang munafik laksana pokok padi. Ia tidak akan dicabut melainkan apabila 
saat menuai sahaja. (riwayat Muslim)

Jangan sesekali menyerah kalah apabila ditimpa musibah…
jadikan kesusahan…kesakitan..sebagai bonus..
khusus untuk menambah akaun pahala di akhirat kelak…
Wallahu a’lam

Info & Ilmu, Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Kenapa Pedas Sangat ... MAGGI Letup Goreng Kari BerasapKenapa Pedas Sangat MAGGI Letup Goreng Kari Berasap
Jom Beli Proton Iriz
Anda Penggemar Kopi??
Previous: Jus Daun Betik Merawat Denggi
Next: Khaleef Dah Pandai Menggosok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Cuti Umum Malaysia 2024
  • PPZ : Zakat Bukan Sekadar Fitrah
  • 5 Interesting Tourist Attractions in Labuan Federal Territory
  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM