Sape penah alami ??? bangun je dari tido…rasa mata sembab… sebab apa ?? hehehe  ada yang berpunca dari menangis atau disengat haiwan kecil….kan dah tak cun…tak pun kalau datang keje…kengkawan bertanya…ahhh  sudah…nak sorok tang mana ek…
So kalau nak cara yang paling mudah …kita boleh rawat kesembapan tu dengan cara semulajadi..cepat dan selamat…dan paling best kita hanya gunakan bahan bahan yang dok ada kat dapur…tak payah sesusah nak kuar cari…tapi kalau takde tu kena la beli gak kan…
Jom kita baca apa yang diperlukan:

  • Kantung Teh – Lepas buat teh ‘o’..sila jangan buang kantung teh…sila simpan dan bila mata bengkak..boleh letak kat area mata…lingkaran hitam bawah mata pun boleh hilang dengan menggunakan kantung teh
  • Jus Epal – Blend epal….dapatkan air…sejukkan terlebih dahulu…ambil sekeping kapas muka dan celupkan dalam jus epal tersebut..letakkan kapas tersebut di area mata
  • Timun – Kisar timun dan letak di bawah mata…timun kaya dengan air…menyejukkan dan bersifat anti keradangan
  • Kentang – Kentang mampu meredakan mata yang sembab…hiriskan nipis dan tampal kat mata…kentang memberi kelembapan dan mendinginkan bahagian mata yang sembab

So lepas ni jangan susah hati kalau mata sembab atau bengkak lepas bangun dari tido…moga tips ini membantu ya..

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari