Sekejap betul masa berlalu dan Syawal dah sampai ke penghujung . Mood raya this year pun berbeza dengan sambutan tahun lepas . Tapi bagi Sal , dari segi meraikan sambutan Aidilfitri tetap sama . Jangan kerana COVID-19 kita tak masak menu raya dan hilang semangat nak raikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa . Jadinya dikesempatan yang ada .. Sal nak share resipi/resepi rendang daging sedap confirm jadi .
Jom Try Rendang Daging Sedap Giler Confirm Jadi
Sal nak recommend korang try rendang daging ni sebab Sal sendiri baru 1st time try masa petang raya tu dan alhamdulillah jadi . Cuma korang kena follow setiap bahan yang diperlukan . Cara masak pun sama gak .. ikut seperti yang diberikan .
Sal yakin yang rendang daging korang sure jadi sebab Sal dah try dua kali okay !! Allahu .. lupa nak inform yang resepi Sal follow Kak Azie Kitchen . Memang tak pernah mengecewakan setiap kali Sal try resepi Kak Azie .
Panjang pulak Sal berceloteh .. mehla kita tengok penyediaan bahan yang perlu dan cara masak .
Resipi Rendang Daging Sedap Giler
Bahan bahan:
1 kg daging
3 cawan cili kisar – guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik – guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula
Bahan A
8 ulas bawang merah – saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai – hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) – sangai wangi
1 sudu besar jintan manis – sangai
1 sudu besar jintan putih – sangai
Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.
Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
Tips Yang Akan Menjadikan Rendang Daging Korang Sedap
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan – kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
BACA JUGA : Nasi Minyak Sedap
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah…jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
Siap .. seriously korang kena try sebab confirm jadi punya . Sal suka follow resipi resipi Kak Azie . Korang boleh terjah menu yang lain sebab cara Kak Azie explain tentang menu atau resipi masak memang jelas dan mudah faham .
Selamat Mencuba Ya !!
Fadima Mooneira says
The rendang daging looks yummy. Thank you for sharing this recipe. Have a good day.
Fas says
Ok nak trylah buat resepi ni… selalu buat rendang style sendiri ni mcm lain sikit so nak cuba la…
mazharalti says
Sedapnya rendang!!! Menu favourite saya ni… cuma daging tu saya akan tukarkan kepada ayam… derhaka resipi sikit… boleh kan Kak Salina? hehehehe… tak boleh makan daging… balik KL nanti saya nak cuba resipi ni… thanks for sharing ya…
hi apakata mommy says
sedap nya la hai rendang. makan dengan apa-apa pun sedap. dengan roti gardenia pun jadi. tapi resepi dari azie kitchen memang senang la kak nak ikut
Fadzil says
Tengok gambar boleh tahu rendang ni sedap. Selalu abam memilih sikit rendang jenis colour boleh tahu. Nk bagi resipi ni dekat wife la. Raya haji boleh buat
Hanny Abdullah says
Fuyooo nampak sedap, makan pulak gan nasi impit..perghhh sure bertambah tambah ni. Boleh le cuba resepi ni nanti
Marina says
Thank you share resepi dan tips rendang tahan lama. Lapar dah ni
Sis Lin says
Kalau resepi dari Azir Kitchen tak pernahnya tak sedap dan tak jadi kan, ikut dan folow betul-betul mesti jadi sedap… tapi kadang Lin masak ikut style Lin aje, tak nyempat nak godak resepi hahahaha
Ayu Rafikah says
Wah boleh try nanti. Suka makan rendang x kira time perayaan ataupun tidak hehe
Mohamad Khairil Bin Hassan says
sedapnya rendang. teringat pula masakan ibu di kampung. tak sabar nk balik raya haji nnti. nak makan rendang daging & ayam. apa2 thanks share resipi
miminadam says
seleranya walaupun tengok gambar jeee. try lah masak menu ni
Laila says
sedapnya…apsal cam terbau-bau kat hidung ni..aiehh
obre says
nice info
Jiwa Sihat says
Sedap nampak rendangnya. Antara makanan kegemaran ni.