| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Dulu masa Sal muda remaja , tak penah berpeluang nak masak pun . Just masuk dapur tengok nenek masak .. tolong tumbuk bawang , mesin cili . Takat tu je dan masa tu tak pernah pulak terfikir nak try pegang sudip dan masak . Mungkin tak penah nak offer diri cakap ngan nenek cuma jadi pemerhati setia je . Patut masa tu Sal cari peluang nak hadam resepi mudah boleh dipelajari !!

Bila masuk bulan puasa pulak , Sal jadi assistant gak cuma tukang terap acuan kuih .. tukang masuk dan angkat kuih dalam oven . Dan situasi mula berubah selepas kawen , agak cuak jugak masa memula kawen . Tertanya pada diri sendiri , boleh ke aku masak ??? sedap ke tak ??? sure Mr Hubby komplen … warghhhh….!!! Pelbagai persoalan bermain di minda…
Jangan Takut Mencuba , Resepi Mudah Boleh Dipelajari
Air tangan isteri sangat penting , Sal tahu tu malah air tangan isteri amat diberkati dan menambah rasa cinta dalam menyemarakkan kasih sayang dan keserasian dalam melayari bahtera perkahwinan . Jadinya langkah pertama yang Sal buat dulu , belajar masak resepi yang mudah . Beli buku resepi yang simple dan 5 tahun ke belakang ni dah tak sehebat hari ni .
Semua resepi dah boleh klik hanya di hujung jari GOOGLE je kat handphone , sure keluar resepi . Malas atau rajin dan nak dengan tak nak je . Kena rajin la kalau penyakit ‘M’ datang , ape pun takleh kan !!

Dan kalau nak tahu sehingga hari ni , Sal tetap berusaha untuk belajar ilmu masakan . Para isteri dan ibu tak perlu risau dan dengan adanye blog dan media sosial , ia sangat sangat membantu . Lagipun kalau kita masak sendiri dah tentu jauh lebih bersih dan berkualiti berbanding kita beli di kedai kan . Bahan yang kita gunakan pun selamat .
Pembelajaran Dalam Masakan Perlu Berterusan
Tambah anak anak Sal pun makin membesar dan masa ni la nak test skill masak , buat kuih yang simple . Syok tau bila kita buat , anak anak berebut nak makan . Hilang penat walaupun seorang wanita tu berkerjaya , jangan jadikan penat atau letih sebagai alasan. Boleh je lapangkan sedikit masa masuk ke dapur terutamanya hujung minggu. Bukan susah pun masak or buat kuih . Dan akan datang bila anak anak dah sekolah , Sal dah kena plan untuk buat bekal anak anak ke sekolah . Moga niat Sal dipermudahkan oleh Ilahi . Amin
Keseimbangan antara kerja dan keluarga itu penting takut jugak di masa akan datang dek sebab perkara yang kecil..tercetus pergaduhan dan salah faham dan boleh mengakibatkan penceraian , Nauzubillah .. mintak dijauhkan . Kerjaya adalah no 2 lepas suami dan anak anak – keluarga .
Bagi Sal , seronok sebenarnya belajar memasak ni bila dah terjebak . Kalau boleh hari hari nak masuk dapur .. hehehe . Kita asah skill dan cuba setakat mana yang termampu . Lepas masak kita mintak ‘juri istimewa’ adili dan dan tentu jurinya adalah suami dan anak anak .
Best kan gitu .. masak bersama suami dan anak anak pun best . Jadikan aktiviti sekeluarga pun ok jugak !!
Leave a Reply