• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Resepi / Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap

Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap

June 25, 2015

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Contents

  • Kena Cuba Resepi Mudah Roti Arab Sedap
  • Bahan dan Cara Buat Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap
    • BACA JUGA: Resepi Mudah…Boleh Dipelajari

First time Sal try buat guna resepi mudah roti arab sedap jadinya !!  Tu pun ada member sharing resepi . So apa salahnya try , bahan bahan pun mudah . Ingatkan susah benor bahan bahan , rupanya simple je . Bulan puasa ni jadi rajin nak mencuba sebab bila beli kat bazaar macam takut sikit .. kihkihkih . Ape pun memang Sal niat kalau ada masa memang nak belajar buat kuih sendiri . Jimat pun ye jugak dan yang penting puas hati .

Kena Cuba Resepi Mudah Roti Arab Sedap

Cuma bila buat sendiri dan pertama kali try, rupa tu ke laut sikit tapi rasa Alhamdulillah . Ada kelembutan dan kena canai lebih sikit next time . Baru cantekkk !! Harap la kan sebab kita bukan pro sangat pun … huhuhu .
Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap
uli….buat bulat bulat dan biarkan seketika

 

Bahan dan Cara Buat Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap

 

Resepi Mudah .. Roti Arab Sedap
rupa lepas goreng .. sedap gak
Bahan bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula pasir
300ml air suam
1 sudu yis
500g tepung gandum

 

Cara nak buat:
Mentega…minyak masak dan gula dibancuh dengan air suam sampai semuanya larut…
tepung gandum digaul dengan yis…
kemudian campurkan semua bahan tadi dan uli sampai licin dan kental…kiranya tak melekat kat tangan…
perap dalam sejam dan adunan perlu ditutup dengan plastik
 
Uli semua dan buat bulat bulat….taburkan sedikit tepung gandum di atas dulang untuk mengelakkan adunan melekat…rehatkan dalam 10 minit…kemudian canaikan nipis tapi jangan terlalu nipis..takut roti tak kembang..agak agak ye..panaskan minyak dan goreng satu satu…tunggu roti kembang…baru balikkan… 
(part ni yang Sal tak berjaya lagi sebab roti kurang naik)
Enak dimakan bersama kuih kari….sambal ikan bilis…sambal sardin ataupun asam pedas…Perghhhh !!! terangkat…

BACA JUGA: Resepi Mudah…Boleh Dipelajari

Selamat mencuba ya !!
Resepi

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Nasi Lemak Paru Simple
Kena Tukar Modem Streamyx
Sampai Bawah Kerusi
Previous: Sumbangan Anda Amat Diperlukan …… Projek Iqra’
Next: Festival Ramadan Klang di GM Klang Wholesale

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM