| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Masa bujang selalu dok beli kat PARAM .. so bila dah berkeluarga Sal try buat pulak . Rasa macam simple dan bahannya pun tak genyah sangat . Terima kasih
MamaZN atas perkongsian resepi tepung pelita simple dan mudah . Seriously tak rugi cuba sebab sekali cuba .. menjadi weh !!
Cuba Dulu Resepi Tepung Pelita Simple Mudah
Bahan – bahan:
Lapisan Bawah (color hijau):
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
Sedikit kapur – jgn letak banyak, nanti pahit
Lapisan atas (color putih):
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam
Cara – cara:
Bancuhan lapisan bawah
[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
kemudian……bancuhan lapisan atas
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
(hingga nampak adunan meletup letup buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
[8] Sejukkan
 |
Sedikit comot….tapi rasa boleh tahan |
Alhamdulillah , berjaya akhirnya dan paling best bila letak dalam fridge segar je rasa kat tekak waktu makan , tambah dengan keharuman bau pandan . ffuhhhhh
NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni nampak basah seperti kuih dibeli , dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu .. tambahkan 2 sudu besar tepung ubi . Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas . Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih .
Mudah sebenarnya nak buat kuih tapi kena ada kesungguhan dan kerajinan …