• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Resipi/Resepi / Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah

Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah

February 18, 2019

Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah – Korang suka makan apam kampung yang biasa tu tak ? Sal panggil apam kampung sebab masa kecik dulu suka sangat makan .. membesar di kampung jadinya antara kuih yang jadi favorite selain . Sedap wooo makan panas panas dengan kopi O .

Contents

  • Sangat Simple Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah
      • BACA JUGA: Apam Polkadot Simple dan Gebu
      • Kredit Resipi Asal: Sirap Limau

Sangat Simple Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah

Sebelum ni Sal tak pernah terfikir nak buat apam dan yang sebetulnya tak pernah tahu apam tu dari nasi . Ingat tepung semata . Bila tengok anak anak suka makan, Sal try google . Laaaa , betapa mudahnya nak buat .

Simple dan sangat ringkas resipi/resepi kuih apam nasi ni tau . Bila bila masa korang boleh try . Especially untuk minum petang atau breakfast pun boleh .

Tak pun korang try masa bulan puasa atau Ramadan nanti . Boleh buat untuk buka puasa .. belum tentu kuih yang korang beli kat bazar Ramadan tu sedap kan ? So buatla sendiri ya . Dah tentu menjimatkan , berbaloi dan of course soddaapp . Banyak lak tu dapat , seloyang oiii .

Bahan dan cara nak buat senang sangat resipi/resepi kuih apam nasi mudah ni … meh Sal nak share .

Sangat Simple Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah
Sangat Simple Resipi/Resepi Kuih Apam Nasi Mudah

Bahan – bahan :

Bahan kisar :

2 cawan nasi

3 cawan air

1 cawan gula

Bahan ayak :

3 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 peket yis mauripan 11g

Pewarna ikut kesukaan (Sal guna hijau)

Cara – cara :

Mula-mula, kisar dan ayak bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

Campurkan semua bahan dan titiskan pewarna kesukaan anda ke dalam adunan.

Perapkan selama 1 jam.Boleh tutupkan adunan tersebut dengan plastic wrap atau penutup bekas biasa.

Sediakan acuan , Sal guna loyang yang sederhana . Sapukan sedikit minyak pada loyang untuk elak melekat .

Kukus guna api besar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.

Dah masak , korang gaul sikit dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam .

BACA JUGA: Apam Polkadot Simple dan Gebu

Haaaa siap !! bahan pun bukan susah pun . Rugi kalau korang tak try resipi/resepi kuih apam nasi mudah ni . Bahan pun tak susah nak cari dan paling penting korang jangan buang nasi lebihan yang korang masak tu ya . Dari nasi tu la bertukar jadi apam .

Jom cuba!

Kredit Resipi Asal: Sirap Limau

Resepi, Resipi/Resepi

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Sayur Campur KoboiSayur Campur Koboi
Resepi Kuih Pau Sambal Mudah, Lembut Dan SedapResepi Kuih Pau Sambal Mudah, Lembut Dan Sedap
Resipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah SedapResipi/Resepi Ayam Masak Kurma Mudah Sedap
Previous: Nasi Ayam Sempoi dan Sedap
Next: Happy Meal Readers Erat Hubungan Kekeluargaan

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    February 26, 2019 at 3:53 pm

    Tolong buatkan pleaseeee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM