Hati ini masih tertanya-tanya…adakah blog ini masih mempunyai pengunjung tegar..
dan setiap kali bila terdetik pasti kerinduan untuk menaip entri membuak-buak..
bukan malas tapi masa membatasi segalanya…tapi sebagai manusia..
kita hanya mampu merancang..
adakalanya tidak kesampaian..niat tetap ada..
mungkin ada sesuatu yang lebih penting didahulukan…
dan kini saya kembali dengan seribu satu kisah dalam meniti kehidupan…
yang entah bila akan sampai ke penghujungnya..
Subhanallah…hanya DIA Maha Mengetahui apa yang dikehendaki…
Setelah mengambil keputusan nekad…chewahh…macam skrip drama..
saya mengambil keputusan untuk mengaktifkan diri semula dalam bidang corat-coret…
cukuplah berehat selama sebulan..
cukup…cukup…sudah….untuk saya berdiam…restkan kepala….
tapi sebenarnya takpun sebab keja semakin mencabar…
hakikat insan yang berkerjaya…apapun kena terima…
Mungkin ada antara rakan yang mula melupai kehadiran blog ni…
andai ada yang masih mengingati saya…Syukur dipanjatkan ke HadratNYA…
terima kasih wahai teman…
dan jangan nantikan Lucky Draw yang bakal dibuat sempena muka baru blog saya ni..
Hadiah menarik pasti menanti anda!! Jangan ketinggalan tau..saya dah maklum awal ni…hehe..
![]() |
Bersama Mama Fizan – Editor PA&MA di Karnival Karangkraf (1-3 Feb 13) |
Salam sayang buat teman semua..
Lepas ni jangan jemu baca hasil tarian jari jemari saya yea..
selalulah jengah santai kesini…
Leave a Reply