Salam Jumaat…
semoga hari ini semua muslimin dan muslimat 
mendapat keberkatan dari Allah SWT..
Amin…Inshaa Allah..
Bahagia Itu Indah…
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap 
seseorang mukminah perempuan.
Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) 
dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada 
yang dibencinya itu (riwayat Muslim)

Huraian:
Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru di dalam 
urusan rumah tangga mereka. 
Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras.
Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya
terlalu banyak kebaikan yang diperoleh daripada isterinya yang perlu diambil kira.
Kedamaian dan ketenangan rumah tangga adalah kunci kebahagiaan alam rumah tangga.
Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan
sebarang perselisihan dengan isterinya dan bukanlah berhakimkan
perasaan dan sikap semulajadi.

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari