Salam Hari Kelahiran Kaariz Khafri 3 Tahun – Alhamdulillah , syukur dipanjatkan kerana hari ini anak ibu masuk 3 tahun . Baru Sal perasan jarang sekali nak update birthday boy yang sorang ni dalam entry . Bila dah ramai anak tu faham je la kan .. hehehe

Hari Yang Penuh Bermakna … Salam Hari Kelahiran Kaariz Khafri 3 Tahun

Pada Sal , ingatan hari kelahiran tak pernah luput dari ingatan … yelah ibu yang melahirkan mana mungkin nak lupa . Tapi sambutan hari lahir kalini tak buat besar besaran just potong cake homemade , niat tu ada nak buat sambutan cuma kena cari date yang sesuai . Insya Allah ada rezeki dalam bulan ni juga memang nak buat majlis sikit untuk hari lahir Kaariz Khafri . Sebagai kenangan di bulan kemerdekaan !

Ikutkan date kelahiran si bijak ni estimate dalam 30 – 31 Ogos tapi dia nak keluar awal . Ibu it’s ok , janji awak sihat sentiasa . Syukur Ya Allah .

Untuk menjaga anak anak ni bukanlah satu perkara yang mudah . Kita kena banyak bersabar dan akan sentiasa diuji sebelum anak anak ni pandai berdikari . Seriously , boleh Sal katakan banyak jugak la ujian yang Sal hadapi dalam membesarkan anak anak .

pandai suap sendiri dah …

Setiap manusia mempunyai masalah yang tersendiri sebab Allah uji dengan berbagai bagai ujian tetapi kena ingat , hadapi setiap ujian yang mendatang dengan penuh ketenangan .

Seseorang yang diuji itu ada rahsia tersendiri di sisi Allah SWT . Sama ada Allah nak tambah keimanan kita atau nak uji sejauh mana keimanan kita . Muhasabah diri tu perlu dan ingat ! DIA sentiasa ada untuk kita mengadu akan segalaNya .



Sesuatu ujian itu akan membuka mata hati kita dan mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam hidup . Ibarat lautan yang penuh cabaran , ujian juga mematangkan kita . Hadapi dengan tabah !

BACA JUGA: Anak Bijak Bila Bermain Jigsaw Puzzle

Sal akan sentiasa ingat yang setiap ujian yang diturunkan kena hadapi dengan penuh keredaan . Musibah yang diturunkan bukan kita je yang alami . Mungkin juga sebelum ni sahabat atau saudara kita pernah alami malahan lebih besar dan lebih teruk .

Di dalam Al-Quran sendiri telah jelas yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Untuk anak ibu .. Muhammad Kaariz Khafri , membesarlah menjadi insan yang soleh . Berbakti kepada agama dan bangsa . Moga dirimu sentiasa dirahmati Allah SWT , dijauhi dengan segala kejahatan dan didekati dengan amal kebaikan . Doakan untuk ibu dan papa ya nak . Aamiin