Kelmarin hari ulang tahun Mr Hubby . Kebiasaannya Sal akan sambut dengan penuh kesederhanaan dan simple je dengan anak anak . Tidaklah terlalu beria tapi saling mengingati tarikh penting . Sal la yang selalunya lupa tarikh penting sebab tak suka sangat nak ingat nombor . hehehe … Sabar je la kan .. apa pun salam hari kelahiran , papa masih muda .

Meriah Dan Penuh Kesederhanaan – Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda

Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda
Happy Birthday Papa !! Sentiasa muda di hati kami ..

Untuk kalini , Sal plan nak surprise kan Mr Hubby tapi rasanya part kek takleh nak surprise sangat sebab dia dah tahu sure ada punya . Mintak la jugak pendapat anak anak , nak belikan apa untuk papa . hurmmm buntu jugak .

Mula Sal gatal tangan nak Google untuk cari surprise gift yang bersesuaian . Tapi dalam masa yang sama dok mikir bajet dan ‘askar’ kat rumah ni . Pada Sal , walaupun birthday Mr Hubby tapi nak juga happykan anak anak . Kiranya sambil menyelam , minum air .. alang alang happykan Mr Hubby , gembirakan skali anak anak .

Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda
Sambut tetap sambut … biarpun secara sederhana tanda ingatan dan kenangan

Ada jugak Sal whisper perkhidmatan surprise gift untuk survey harga . Sekarang ni kan musim PKPB . Jadinya memang nak kena berjimat cermat . Bukan kata tak mampu tapi selagi boleh kita cuba untuk elakkan pembaziran .

Timbul Idea DIY Surprise Gift

Fikir punya fikir , timbul idea nak DIY . Ade gak Sal tanya pendapat geng office .. untuk dapatkan feedback dan kot ada yang tangan berseni . Malu bertanya sesat jalan kan ? huhuhu .

Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda
Akhirnya … DIY suprise to Mr Hubby dan anak-anak juga

Akhirnya , Sal decide nak beli je la keperluan untuk surprise gift . Gigih waktu lunch keluar nak beli keperluan termasuk ‘jajan’ dan barang hiasan tau . Dengan harapan pengakhirannya mampu menggembirakan Mr Hubby dan anak anak – MyNyawa dan Kesayangan !!

Salam Hari Kelahiran, Papa Masih Muda
Nampak tak suprise gift tu .. puas hati DIY sebab dapat sebakul tau .. kihkihkih
BACA JUGA: Sambutan Birthday Angah

Dan dipendekkan story , sampai masanya dapatla kami sambut secara kecilan tapi meriah jugak dek sebab kerenah anak anak yang terlalu excited . Masing-masing suka sangat dengan surprise gift yang Sal bawak balik hasil deco geng office . Sal bukanla berseni sangat .. kihkihkih . Aci la kan sebab bagi idea .

To Mr Hubby

Moga dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan dan dilimpahi rezeki yang barokah . Sabar ya dengan ragam lima laksamana bersaudara . Moga sukses dalam apa jua lapangan & kerjaya kelak . Sentiasa di bawah keredaan Allah SWT . Aamiin .

Sekian , untuk kisah sambutan hari kelahiran Mr Hubby bersama anak anak . Biarpun ringkas , pada Sal dapat gembirakan hati orang yang kita sayang dah memadai kan !

Korang kalau ada next idea tentang sambutan birthday kesayangan korang … mehla share . Mana tau Sal boleh buat untuk next , ade la kelainan sikit .