Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar naluri seorang ibu … hehe . Takpe , semua tu ibu anggap sebagai cabaran bagi seorang insan yang dikurniakan gelaran ibu . Dan bulan ni genaplah anak sulung ibu 11 tahun – Salam Hari Lahir anak sulung ibu !!
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286)
Sambut Hari Lahir Dalam Tempoh PKP – Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun
Tanpa anak sulung .. tak kan ada yang kedua , ketiga dan seterusnya . Walaupun rasa ‘agak penat’ dalam membesarkan anak anak , semua tu bersifat sementara . Ada kemanisan dalam kepahitan sebenarnya .

Teringat masa mula mula kawen dulu .. sure ramai pasangan yang tertunggu nak timang cahaya mata kan . Perancangan Allah SWT usah disangkal , DIA sentiasa menguji hambaNya berdasarkan kemampuan selagi mana kita hidup di dunia ini .
Ada hikmat kenapa lambat dan cepat seseorang itu menerima insan bergelar anak dalam alam kekeluargaan .
You never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.
Contoh bila kita relatekan dengan situasi sekarang ni .. maksud Sal bila pandemik melanda , pernah tak terlintas di fikiran korang akan ‘sesuatu’ ? Terkadang tu , Sal terfikir gak .. pasti ada sebab dan apakah pengakhirannya ? Kenapa … mengapa .. semua tu bermain dalam minda . Ape pun kita kena terima Qada’ dan Qadar yang sememangnya ketentuan dari Allah SWT .
Banyak pulak rasa membebel . Haaaa , baru ni Sal sambut birthday Khalish dengan penuh kesederhanaan . Last year dapat sambut dengan kengkawan di sekolah . Tapi tahun ni semua dah berubah .


Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta. (Surah Al Ankabut 29:2-3)
Sambut tetap sambut .. ala potong cake je dengan kehadiran beberapa orang kawan Mr Hubby . Kebetulan masak lebih , alang alang kita jamu sekali . Khalish ok je , memang jenis tak kisah janji potong cake . Insya Allah .. bila keadaan dah reda kita sambut lagi .
BACA JUGA: Kemahiran Sosial Anak
Besar dah anak ibu . Ibu doakan anak ibu berjaya di dunia dan dipermudahkan urusan di akhirat kelak . Jangan lupa berdoa dan minta keampunan , keberkatan daripada Allah SWT . Walau di mana Along berada , ingat pada DIA . Jangan sesekali dilupakan kerana hidup kita kerana DIA . Ikuti akhlak yang terpuji dan yang buruk itu kita jadikan teladan .
Biar pun sambutan simple .. Khalish tetap happy . Jaga diri dan hiasi peribadi !!
Adik beradik … Masa dia DEKAT GADUH, Masa dia JAUH RINDU
dan ibu nak pesan jugak …
Dengan adik beradik , jangan terlalu berkira .. jangan dengki dan kalau adik beradik susah , tolong . Walau dalam keadaan ape sekalipun kena ingat …
Leave a Reply