Salam kelahiran buat anakanda 
Muhammad Khairin Khalish...
Sesungguhnya kehadiranmu membawa seribu makna buat ibu & papa…
Keletahmu dari sehari ke sehari amat mencuit hati kami…
Kebijaksanaanmu terserlah tatkala adikmu dilahirkan..
pandai bergurau senda..gegak adikmu Khaleef tertawa
hilang rasa penat lelat setelah seharian ibu&papa keluar mencari rezeki
bila momento itu diberikan kepada kami berdua..
Masa berlalu amat pantas…serasa baru semalam Khalish keluar dari dalam perut ibu..
Rindu rasenya dengan tendangan Khalish sewaktu berada dalam rahim ibu..
nak jadi chef ke anak genius ibu ni….
Syukur dipanjatkan  kepadaMU YA ALLAH
kecerdikan yang dimiliki adalah kurniaan dariMU..
Berikanlah keredhaan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk anak-anakku..
Semoga segala kebaikan menjadi panduan dalam hidup kalian..
Dipelihara dari segi rohani dan jasmani
Hanya titipan doa yang dapat ibu berikan…
Ibu & Papa Sayang Along Khalish…Adik Khaleef..