Tiap kali tengok wajah anak-anak ibu…pasti ada rasa sayu…ibu tak tau kenapa dengan tiba-tiba airmata ibu akan jatuh..walhal kalian sepatahpun tak bersuara..kadangkala akan terjengah kegusaran di benak fikiran…menerewang jauh ke langit…sempat ke ibu nak tengok…
# Kalian berjaya menjadi insan yang soleh..
# Menjadi insan yang disenangi serta berguna demi agama dan bangsa..berjaya dalam hidup…
#  Menjaga ibu & papa bila kami sudah tidak berdaya kelak..
# Kalian berkeluarga dan dikurniakan anak-anak yang comel secomel kalian masa dilahirkan…

Maaf…
…ibu tak dapat nak meneruskan luahan rasa kerana disaat ini seperti ada titisan panas yang sedang mengalir membasahi pipi..


Ibu & Khaleef

Kasih sayang yang tiada penghujungnya…andai masa boleh dihentikan..setiap saat itu ingin ibu abadikan bersama anak-anak ibu…tapi hakikatnya masa itu amat mencemburui kita..