Sekolah Cuti Tapi Buku Tak Cuti – Bila cuti sekolah bermula , pusing jugakla kepala Sal nak buat jadual aktiviti anak anak . Untuk minggu ni Sal tak mohon cuti sebab agak busy dengan tugasan kerja , lagipun cuti sekolah hanya seminggu . Plan nak cuti tengah tahun lama sikit so dari sekarang dah boleh menabung .. hehehe .
Kenapa Bila Sekolah Cuti Tapi Buku Tak Cuti
So far anak anak ok la , sebab Sal selalu pesan Sekolah Cuti Tapi Buku Tak Cuti . Kena bukak buku , baca dan buat jugak latihan supaya tak lupa terus silibus yang diajar . Walaupun masih baru di awal tahun , pada Sal kena jugak ingatkan anak anak . Masih belum terlewat nak pesan .. nanti anak anak akan ambil mudah dan leka dengan siaran tv , waduhhh !!

Buat Latihan Yang Mudah Ikut Kecenderungan Anak
Konsep yang Sal buat untuk anak anak mudah je . Sal akan belikan buku latihan tambahan untuk anak anak buat . Jangan sesekali paksa anak buat tapi ikut kecenderungan subjek yang disukai . Contoh macam Khalish , dia memang obses dengan Matematik .
Cuma sekali sekala Sal ingatkan buat jugak latihan lain contoh untuk subjek Bahasa Melayu , Pemdidikan Islam atau English ke .. dan bila cikgu ajar nanti kita boleh tanya apa yang kita tak faham . Bila cuti sekolah ni kan .. Sal dah macam cikgu lak ngajar anak anak … huhuhu . Tugas seorang ibu memang tak kan abis kan .
Buat latihan tak bermaksud yang anak anak takde masa untuk bermain . Ada jugak , dan kadang tu bila Sal balik dari office – lunch tengahari , tengok anak anak tengah tonton tv atau main lego . Bukan terus menerus buat latihan dalam buku . Ada jugak la Sal belikan buku aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti dan menjana minda anak anak .
Sebab tu Sal tekan kan yang sekolah je cuti tapi buku tak cuti dan buku tu bukanlah 100% berkaitan pelajaran semata . Banyak dah buku di pasaran yang berkaitan dengan uji minda anak anak . Paling mudah , beli buku berkaitan teka silang kata , maze book ke .. melambak di pasaran .
BACA JUGA: Khalaf Mula Baca Buku

Bila ada masa terluang , especially malam .. Sal akan sama sama buat aktiviti dengan anak anak dan selalunya main lego atau teka teki . Seandainya mood masing masing ok , kita buat latihan sama sama dan subjek untuk malam adalah pilihan ibu semestinya .
Cuma Sal pelbagaikan konsep mengajar dan suaikan dengan suasana persekitaran . Bila gaya ibu dah macam bercerita , anak anak akan berfikir lebih sikit dan part yang paling best Sal akan masukkan ‘perumpamaan’ atau peribahasa .
Korang try la ya . Seronok bila dapat buat anak anak berfikir dan dalam masa yang sama secara tak langsung akan berbalas hujah !! Dan korang pulak sellau buat apa ya dengan anakanak di waktu lapang ?? Mungkin boleh share dengan Sal …
good luck abang siapkan homework!
hahaha bagus juga lah tapi bukan selalu pulak budak nak stresskan minda. budak pon pandai stress. Hahaha (kot) Tu sebab ada cuti sekolah 🤣 (backup anak )
Anak sis yang bongsu je masih sekolah..itupun dah besar panjang..ikut suka dia nak belajar. Masa anak-anak kecik dulu memang sis dok mengajar diaorg..tapi sis ni garang sikit gan anak2, silap sikit kena le cubit..hehehe. Time main leh lah gurau senda tapi time belajar memang tak bagi muka
Sama lah dengan anak saya. Ada jugak kerja sekolah cikgu bagi.
alamak kat rumah tu asyik ngadap tv je..selagi x suruh bukak buku..depa pun buat tak tau..xpe..sat lagi tgu mama el jd singa haha
Betul tu.. sentiasa ingatkan anak2 yang cuti sekolah bukanlah masa untuk bermain sahaja.. perlu juga mengulangkaji pelajaran..
Budak-budak bila cuti sekolah akan ingat segala-galanya cuti. 🙂
Betul tu Sal, cuma Kak Sue nie anak semua dah besar-besar penat juga nak cakap.. ehehe.. Asal petang je hilang, main bola la.. melepak la.. Sabar ja la..
Bagusnya walaupun cuti sekolah tapi buku tetap dingati. Anak anak saya? Cuti sekolah xnak baca buku katanya, nak rehat. Asyik pikir tgk kartun dan berjalan saja..hahaha
Tips bagus untuk anak-anak ini. Dalam masa yang sama dorang akan buat homework dan bermain ikut masa yang ditentukan.