Selamat Menyambut Aidil Adha 1435/2014 dari saya sekeluarga..
Semoga Hari Raya Aidil Adaha ini memberi sejuta keinsafan bagi kita semua

Bagi yang memandu, sila berhati..hati di jalanraya..
Ingatlah yang tersayang ..
Pandu Smart!

Salam Raya Korban dari #kelabbloggerbenashaari
Meh nak sharing info sikit…

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit
 juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun
 di tengah malam membancuh susu untuk anaknya.

Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan
suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat.

Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan
mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat
serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat.

Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan
Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan.

Memetik kata-kata seorang cendekiawan:

“Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail”.

Sumber: Utusan