• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Semak Keputusan MRSM Tahun 2023

Semak Keputusan MRSM Tahun 2023

March 6, 2023

Assalamualaikum dan Salam Syaaban 1444H . Ketenangan hari ini sedikit terganggu bila geng mak mak mula share tentang Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2023 secara online mulai esok lusa . Bila terbaca berita di Harian Metro ‘MRSM Semak keputusan kemasukan esok’ lagi la terus berdebar . Semak Keputusan MRSM Tahun 2023

Cara Semak Keputusan MRSM Tahun 2023 Bagi Tingkatan 1 dan 4 Secara Online dan SMS

Ni pengalaman Sal buat pertama kali sebab Khalish baru menjangkau 13 tahun . Serius memang zero pengalaman Sal untuk kemasukan ke MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) . Bila tanya geng yang dah ada pengalaman katanya semakan boleh dibuat menerusi Online & SMS .

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2023 boleh disemak bermula 8 malam esok (7 Mac 2023).

Harian Metro
Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
Moga rezeki menyebelahi anakanda Khalish

Semakin mendebarkan bila mata terpaku baca bila mana pihak MARA menerima sejumlah 90,018 permohonan masuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2023 . Pheewww , ramai betul . Dan anak anak sekarang pun tak kurang hebatnya kecemerlangan mereka dalam bidang akademik . Kapasiti pelajar yang diterima masuk bagi kemasukan pelajar bagi Tingkatan 1 adalah 7,169 dan Tingkatan 4 dalam 2,109 pelajar . Persaingan yang sangat sengit

So mulai esok sure laman web rasmi MARA ramai yang akan terjah masuk . Hope sistem mengizinkan Sal nak check result Khalish .

Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi . Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima SMS atau dapat e-mel yang didaftarkan masa mohon Ujian UKKM . Seandainya tidak menerima sebarang jawapan , maksudnya permohonan tersebut gagal

Pengesahan dan Rayuan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2023

Bagi pemohon yang berjaya mendapat tempat di MRSM , jangan lupa buat pengesahan terima atau sebaliknya dalam tempoh tujuh (7) hari . Bagi yang dapat tempat tapi tak buat pengesahan … akan diangggap sebagai tolak tawaran . So jangan tak buat pulak ya Ibu Ayah . Sebelum tu tanya balik anak anak . Bukan apa , takut di kemudian hari nanti anak tak nak duduk asrama atau berjauhan . Timbul pulak permasalahan lain sebab anak anak sekarang ni bukan boleh dipaksakan !!

BACA JUGA: MCDONALD’S MAJIKAN PILIHAN BELIA

Untuk permohonan rayuan , ianya akan dibuka mulai 7 hingga 14 Mac 2023 secara dalam talian jugak . Sebarang maklumat terkini , Ibu Ayah boleh rujuk web rasmi MARA . Untuk keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2023

Pautan Link Semakan Tawaran Ke MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 dan 4

Sal sharekan dulu link ni ya , cuma akan aktif pada hari sebenar tarikh semakan dibuka:

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Pendaftaran bagi pelajar baharu akan dilaksanakan pada 21 Mac 23 bermula jam 8.30 pagi dan sebarang pertukaran penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan sepanjang pangajian

Moga penantian anak ibu berakhir dengan perkhabaran yang menggembirakan . Aamiin YRA . Anak dah usaha yang terbaik dan selebihnya kita tawakal . Insya Allah jika ada rezeki tak ke mana .

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Ilmu Penting Dalam Mendidik Anak
Jangan Ada Sifat Marah
Bajet 2015 Akhirnya
Previous: Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
Next: Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM