Senang Hati Sikit

In My Little Hero
Harini balik dari opis dah boleh senyum lebar sikit…bukan hari yang lain tak senyum pun..selalu tu senyum jugak sebab terhibur dengan keletah My Lil Khalish ..tapi petang ni lain sikit sebab Mr Hubby dah balik rumah…horayyy!! seronok tak terkata..Mr Hubby balik Seri Iskandar tuk siapkan laporan study…so this week memang tingal berdua jela dengan MyHero..sungguhpun Khalish tak banyak kerenah tapi timbul jugak kegusaran time nak mandi…. takut nak biarkan dia sensorang…kadang-kadang kita tak jangka benda nak berlaku…
Ada takdepun ada satu malam tu terjatuh gak dia dari katil…nasibla takde pape..Alhamdulillah..sebab time tu serius..saya keletihan dan terlelap…sedar-sedar dengar benda terjelepuk tepi katil..Khalish just merengek sebab mamai..samala ngan ibu dia..pujuk balik ..tepuk-tepuk sikit…terus dua-dua terlelap tapi kali ni dah pindah tido atas toto…tau-tau je esok dah pagi..terasa masa agak padat dek kerana Mr Hubby takde..terkejar-kejar dibuatnya…tapi still boleh mop n kemas rumah lagi…heehe…kena curik masa kalau tak alamat rumah cam tongkang pecah…uishhhh…takleh tengok dek panahan mata saya…rasa semak n rimas…hari-hari dok pesan kat Mr Hubby suh cepat balik…
Dulupun masa lepas pantang n  My Lil Khalish dalam 7-8 bulan..still boleh organize masa..Mr Hubby takde kat sisi sebab sambung study….maybe time tu Khalish just golek-golek..menyiarap n bertatih dalam anggaran masa yang tak terlalu pantas…sekarang ni…kita yang berjalan dulu pun dia boleh kejar…sekelip mata kalau kita kat dapur..tup..tup dah muncul sebelah…siap kemaskan pinggan mangkuk yang ada kat atas rak tanpa disuruh..ermmm…dah besar rupanya anak ibu..
Part yang saya agak sedih bila time nak bukak pintu rumah lepas balik dari rumah pengasuh..My Lil Khalish akan panggil..”pa…papa”….tercari-cari Mr Hubby…saya pun dok explain kat dia..rasanya macam faham…pastu dok main ngan toys…malam sikit saya call Mr Hubby…becok sungguh bila dapat dengar suara papa dia..terhibur hati saya..means dia tau papa dia takde..
Part yang geram pun ada bila kita sibuk nak lipat baju…dia pun sibuk gak..saya biarkan je..bagila dia peluang nak lipat jugak…tak lamepun dia mengacau..kang dia boring…dia beralih kat tempat lain..
Budak-budak ni jangan dilarang sangat…biar dia explore sendiri..lama-lama dia akan faham mana yang boleh dan mana yang tak boleh…

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu