Assalamualaikum Sahabat !!
Sebelum ni pernah gak Sal terfikir nak bawak anak anak masuk Fun Run . Rasanya dah jadi trend kot kat Malaysia ni , musim berlari sambil menyumbang ke arah kesihatan tubuh badan . Teringin jugak Sal sendiri nak join cuma belum berkesempatan lagi . Masih dalam anganan gitu .. huhuhu . Dan baru ni bila ada rakan blogger yang share info tentang Kids Eco Dash , membuatkan Sal tertarik nak bawak anak anak join . So ape lagi , Jom Sertai KIDS ECO DASH Fun Run Kanak-kanak .
Macam Best !! Semangat #HariSukanNegara atau #HSN2017 masih menebal lagi dalam diri ni . Kebetulan masa sambutan minggu sukan tu memang Sal sekeluarga ke sekolah Khalish & Khaleef . Seronok gak bila sesekali kita bersenam walaupun nampak sempoi tapi elemen beriadah tu still ada . Yelah , mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah keluarga .
Bila dok bersembang dengan Khalish nak join ke idak Kids Eco Dash ni sambil tunjuk poster kat Instagram .. angguk dan bersemangat , nak join katanya . Khaleef pun sama . Poster pun cun ha ..pandai attract hati uuuu . Ce tengok ni , maklumat semua complete .

Pada yang nak register untuk anak anak cepat tau .. masih dibuka sampai jam 1159 malam (Selasa – 26 Oktober 2017) . Masih ada lebih kurang dalam 2 hari lagi sebelum pendaftaran ditutup . Please CEPAT !! Nak puaskan hati korang meh terjah link ni KIDSECODASH . Dan pada yang dah register , jangan lupa pulak nak collect Race Kit Jumaat ni (27 Oktober 2017) bertempat di Malaysia Tourism Centre @ Matic Jalan Ampang . Sila jangan lupa , sian kat anak anak nanti . Sal pun akan cuba self reminder .. hehehe . Pada yang betul betul tak sempat sila minta wakil ya , cuma kena bawa sekali salinan kad pengenalan .
Jangan kata anak anak , Sal pun teruja sebab Sal dan Mr Hubby register as a volunteer untuk Kids Eco Dash . Mula la fikir bagai dalam kepala otak ni . Boleh ke anak anak lari tanpa ibu bapa disisi . Biasala pemikiran mak mak sangat kan . Tapi bila difikirkan balik , bila lagi nak join Fun Run untuk anak anak . Terima kasih tak terhingga Sal ucapkan pada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebab anjurkan aktiviti seumpama ini dan memberi ruang dan peluang pada anak anak yang berusia antara 4 hingga 12 tahun untuk mengenali dengan lebih dekat lagi alam sekitar !! Inisiatif yang cukup bagus pada Sal.
Moga usaha ini terus dikekalkan pada masa akan datang . Tunggu entri Sal akan datang ya sambil berceloteh tentang keletah anak anak di Fun Run – Kids Eco Dash .
Meh daftar pada yang belum >>
Pendaftaran Kids Eco Dash
Maklumat lanjut >>
KIDS ECO DASH 2.0 2017
macam seronok je! kena tunggu ada anak dlu baru boleh ajak join..
doa baik2 ye !
Seronok budak2 haaa .. bagus aktiviti mcm ni