• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Setengah Hari Di Karangkraf

Setengah Hari Di Karangkraf

April 14, 2011

Masa zaman sekolah dulu…saya antara yang terajin ikut lawatan a.k.a rombongan yg dianjurkan oleh para cikgu..mintak mak isi borang kebenaran penjaga..sekali dengan duit..sebab nak beli souvenir kat tempat lawatan n jajan sekali heehe..best sungguh dapat jalan..tengok tempat orang..yela…saya budak kampung..bila sesekali dapat ke bandar…teruja sungguh…tapi…harini saya pulak yang kena kordinasikan lawatan bagi jabatan saya..hidup kitakan umpama roda…suatu masa pasti kita akan rasa..heehee…bila imbas kenangan lampau…bikin saya gelak sorang-sorang..tak nakla kenang selalu..nanti jemu…sekali-sekala bolehla…
Lawatan  ke Karangkraf  pastinya menimbulkan banyak kenangan buat diri saya…pelbagai ilmu yang diperolehi..staf Karangkraf baik-baik belaka..layanan yang diberikan sangat memuaskan..kalau tak percaya..pakat dengan rakan sekerja..suarakan kat bos…jom serbu Karangkraf..tak rugi punyo! Saya dibawa melawat kesemua tempat oleh En Hashim Anang – Pengurus Komunikasi Korporat Kum. Karangkraf…penerangan yang diberikan amat jelas dan menarik. Jangan tak tau..gambar grouphoto kami telah disiarkan di Akhbar Sinar Harian …satu-satunya Suara Cakna yang diterbitkan di bawah Kump. Karangkraf..kepada bloggers yang menganjurkan aktiviti yang menarik..jangan segan silu nak call reporters Sinar Harian sebab mereka ni bergerak dan berada di setipa kawasan..tak percaya cecepat beli Sinar Harian…anda akan dapat contac no wartawan yang berada di kawasan anda..pastinya mereka akan terjah ke aktiviti /program anda.
Nak cerita sikit pasal Karangkraf…Karangkraf merupakan antara company bumiputera yang berdiri utuh sehingga ke hari ini..sungguh mengagumkan saya secara peribadi…yang penting MELAYU okeh! saya baru je berjinak-jinak dengan Karangkraf bila mula melanggan PA&MA..heehee..so pada ibu-ibu muda..tak rugi kalau kita baca PA&MA..banyak info yang kita dapat melalui pembacaan..tak percaya pegila kedai buku yang terdekat…majalah terlaris dan confirm cepat habis..bayangkan lebih dari 20 Majalah yang diterbitkan. Semuanya menarik dan jenis yang diterbitkan tepat pada sasaran pembaca.
Part yang saya rasa paling mengujakan bila dapat beramah mesra dengan CEO Karangkraf – YBhg Dato’ Hussamuddin bin Hj. Yaacub. Beliau cukup peramah dan yang amat mahal bagi saya adalah pengalaman yang dikongsikan dalam membina empayar Karangkraf. Bukan mudah untuk berjaya..pasti ada jatuh bangunnya tapi tu semua sedikitpun tak merencatkan cita-cita beliau malah menjadi pembakar semangat untuk berjaya sehingga ke hari ini. Sempat Dato’ berseloroh ” Biar kamu bertubuh kecil tapi otak kamu tak kecil”….yang penting tanamkan minat pada anak-anak…terapkan budaya membaca..Insyaallah..kamu pasti berjaya..

Kempen PEDULI Kum. Karangkraf
Penerangan diberikan oleh Editor Majalah Nona
Bersama Kartunis Gayo
Galeri terbitan Karangkraf
 Gambar Kenangan Bersama CEO
My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Sweet Sour dan Longan Kurma
Gurauan Ada Batasannya
Muka Depan Utusan Nampak Lain…
Previous: MONA.VIE – Rahsia dan Keajaiban
Next: Dah Tutup Pun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM