Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansorir.a:
Bahawasanya seorang lelaki berkata, Wahai Rasululllah,
beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga.

Jawab Rasulullah,
“Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu,
dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

  • Hubungan silaturahim adalah salah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga.
  • Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
  • Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah melakukannya.
  • Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
  • Diantara sebab yang membawa seseorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini.
  • Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardukan Allah SWT.

(Sumber: UTUSAN)
………………………………………..

Anak-anak ibu….ketahuilah kalian:

picca Google

Subhanallah….masih cetek ilmu di dada saya…

Alhamdulillah…perjalanan dalam kehidupan merupakan
pembelajaran sepanjang hayat