Benarkah simptom anak kedua seperti berikut:

Senang memaafkan orang lain
Garang (hanya pada orang tertentu)
Selalu menjadi tumpuan orang ramai
Sensitif, Lembut Hati
Rajin
Cerewet, Cemburu, Degil dan mempertahankan haknya
Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya

    Sebenarnya selagi anak itu mendapat layanan di’ second’ kan di kalangan adik beradik, 
    maka dia akan berasa dipinggirkan..
    Adakalanya emosi ibu semasa mengandung juga sedikit sebanyak memainkan peranan
     kerana semasa mengandung yang pertama, ibu sedikit manja 
    dan untuk kali kedua lebih berdikari..
    Kajian oleh Dr Edward Tronick melalui Still Face Experiment 
    boleh dikaitkan dengan anak kedua. 
    Seorang ibu berinteraksi dengan anaknya selama beberapa minit 
    dan kemudiannya ibu diberi isyarat untuk berada di dalam keadaan Still Face 
    tanpa sebarang reaksi pada anaknya. 
    Selepas beberapa saat, si anak akan meniru kembali gaya dan cara si ibu berinteraksi 
    tetapi ibu masih lagi dalam keadaan Still Face.
    Apa yang berlaku, tindakan reflek si anak akan menangis dan memberontak kerana inginkan perhatian dari ibu.
    Sebaik diberi tumpuan kembali oleh ibu, anak akan kembali gembira dan positif. 
    Kajian jelas menunjukkan rangsangan terhadap anak-anak. Jangan sesekali 
    double standard dalam melayan anak-anak.
    Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Anak adalah anugerah Allah untuk:
    didekati bukan dijauhi…
    disayangi bukan untuk dibenci..
    dididik dan bukan untuk dibiarkan..
    ditegur bukannya untuk ditengking mahupun dizalimi..
     Wallahu’alam..Fikirkan Bersama..