• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu

Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu

May 24, 2021

Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H. Pandemik COVID-19 semakin ‘menguasai’ dek sebab kealpaan sikap manusia sendiri . Sebenarnya kita dah hampir menang tapi rasanya pada yang terbaca artikel ni dah boleh agak kenapa , mengapa , bagaimana … dan setiap jawapan kepada persoalan yang bermain di minda korang tu lebih kurang je dengan jawapan Sal . – Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu

Contents

  • Jom Kita Imbas Kembali Apa Itu COVID-19 , Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu
    • Kes Yang Disyaki COVID-19
    • Individu Yang Memenuhi Kriteria Epidemiologi – Soalan Lazim COVID-19 , Kena Ambil Tahu
    • Siapakah Golongan Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Jangkitan COVID-19
    • Sekiranya Saya Memakai Penutup Mulut Dan Hidung Atau N95 , Adakah Ianya Membantu Untuk Mengurangkan Penularan COVID-19
    • Adakah Saya Perlu Jalani Kuarantin Sekiranya Ada AhIi Rumah Yang Dikuarantin Disebabkan Mempunyai Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif COVID-19
    • Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Gelang Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah – Soalan Lazim COVID-19 , Kena Ambil Tahu
    • Apakah Kepentingan Mengambil Vaksin COVID– 19
    • Apakah Jenis Vaksin Yang Digunakan di Malaysia
    • Siapakah Yang Layak Menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-Biontech
      • BACA JUGA: Betul Ke Vaksin Untuk Anak Bahaya
    • Apakah Hukum Pengambilan Vaksin COVID-19
    • Adakah Saya Diberi Pilihan Untuk Memilih Jenis Vaksin COVID-19
    • Bagaimana Saya Boleh Mendapatkan Maklumat Terkini Berkaitan Penyakit COVID-19
      • Doa . Usaha . Tawakal .

Diam tak diam dah hampir dua tahun kita berada dalam persekitaran pandemik yang semakin berleluasa . Takt ahu lagi pengakhirannya macam mana lagi . Perasan tak korang yang kegembiraan kita dahulu ke sana ke sini telah ‘diragut’ . Dulu kita bebas travel , balik kampung , jalan jalan . La ni , kita pakat duduk rumah je .. nak rentas daerah pun tak boleh .

Soalan LazimCOVID-19 – Kena Ambil Tahu
Kami Sudah Divaksin !!

Jom Kita Imbas Kembali Apa Itu COVID-19 , Soalan Lazim COVID-19 – Kena Ambil Tahu

Takut ada yang dah mula lupa … penyakit COVID-19 disebabkan oleh koronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus.

Kes Yang Disyaki COVID-19

Antara gejala yang mungkin dialami adalah oleh anggota badan adalah di bawah Kriteria Klinikal iaitu :

Demam . Sakit Kepala . Hidung Tersumbat . Selsema . Sakit Tekak . Menggigil . Batuk . Sesak Nafas .

Keletihan . Sakit Otot atau Badan . Sakit Kepala . Tiba-tiba Hilang Deria Bau dan Rasa . Sakit Tekak .

Kesesakan Atau Hidung Berair . Loya , Muntah , Cirit-Birit .

Penyakit pernafasan yang teruk dengan sekurang kurangnya satu gejala .

Radang paru-paru . Sindrom Kecemasan Respiratori Akut .

Individu Yang Memenuhi Kriteria Epidemiologi – Soalan Lazim COVID-19 , Kena Ambil Tahu

  • Pernah hadir satu atau Kawasan yang dikaitkan dengan kluster CIVID-19 ATU zon merah
  • Pernah mengembara ke/tinggal di luar Negara dalam amsa 14 hari sebelum bergejala
  • Mempunyai kontak yang positif COVID-29 dalam amsa 14 hari sebelum gejala muncul.

Siapakah Golongan Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Jangkitan COVID-19

Lindungi golongan yang berisiko tinggi iaitu :

Warga Emas Berusia 65 tahun ke Atas – Kanak-Kanak – Pesakit Dengan Penyakit Kronik (Diabetes, Hipertensi,Asma, Jantung) – Pesakit Dengan Daya Ketahanan Badan Yang Rendah (Kanser, HIV) – Wanita Hamil

Sekiranya Saya Memakai Penutup Mulut Dan Hidung Atau N95 , Adakah Ianya Membantu Untuk Mengurangkan Penularan COVID-19

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan dalam penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan .

Ia juga bertujuan untuk menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung . Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan .

Adakah Saya Perlu Jalani Kuarantin Sekiranya Ada AhIi Rumah Yang Dikuarantin Disebabkan Mempunyai Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif COVID-19

Anda perlu dikuarantin apabila anda mempunyai kontak rapat dengan ahli rumah yang dikuarantin itu disahkan positif COVID-19 . Kontak rapat bermaksud anda pernah berada dengan pesakit COVID-19 dalam ruang/bilik yang sama dengan pesakit COVID-19 , pernah mengambil pengangkutan awam yang sama dengan pesakit COVID-19 , dan berada dalam rumah yang sama dengan pesakit COVID-19 .

Walau bagaimanapun, ahli rumah hendaklah mematuhi arahan pencegahan COVID-19 seperti menjaga penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter , memakai pelitup muka apabila berada di ruang/bilik yang sama dengan orang yang dikuarantin dan kerap mencuci tangan dengan air sabun atau hand sanitizer

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Gelang Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah – Soalan Lazim COVID-19 , Kena Ambil Tahu

Gelang pengawasan dan pemerhatian di rumah adalah gelang yang dipakaikan kepada individu yang berada di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif , pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) . 

Selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan . Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) . Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut . Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat . 

Soalan Lazim Mengenai COVID-19 – Kena Ambil Tahu
Alhamdulillah…dipermudahkan perjalanan menerima vaksin yang pertama

Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh pegawai diberi kuasa di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat . 

Sekiranya terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum , anda boleh laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat . 

Apakah Kepentingan Mengambil Vaksin COVID– 19

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi , semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk . Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi .

Apakah Jenis Vaksin Yang Digunakan di Malaysia

Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu :

Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech

Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka

Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac

Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino

Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

Siapakah Yang Layak Menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-Biontech

Soalan Lazim Mengenai COVID-19 – Kena Ambil Tahu
Sekejap je cucuk dan tiada symptom teruk yang Sal alami

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech . Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya.

BACA JUGA: Betul Ke Vaksin Untuk Anak Bahaya

Apakah Hukum Pengambilan Vaksin COVID-19

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Adakah Saya Diberi Pilihan Untuk Memilih Jenis Vaksin COVID-19

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

Bagaimana Saya Boleh Mendapatkan Maklumat Terkini Berkaitan Penyakit COVID-19

Maklumat berkenaan penyakit COVID-19 boleh didapati dari : 

i. Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

  • http://covid-19.moh.gov.my
  • https://www.infosihat.gov.my

ii. Media Sosial Rasmi KKM

  • https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
  • https://twitter.com/kkmputrajaya
  • https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/
  • https://www.youtube.com/user/kementeriankesihatan

ii. Telegram Rasmi 

  • Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC): https://t.me/cprckkm
  • Sihat Milikku : https://t.me/sihatmilikbersama

Sebenarnya, banyak lagi tentang persoalanan COVID-19 yang Sal nak share dan kita kena ambil tahu . Dan sebenarnya Sal buat entri ni pun sebagai peringatan untuk diri sendiri . Kena ingat yang kita belum berjaya menangani pandemik . Jika kita semua ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan … amalkan SOP , tidak mustahil yang kita akan menang suatu hari nanti !!

Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan Malaysia

Doa . Usaha . Tawakal .

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Jus Asam Kunyit Madu … Cantik Dalaman dan Luaran
Ubat Gigi Minyak Zaiton….Tiinnergy
Petua Sakit Mata..Guna Bunga Melati
Previous: Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Bersama Fly High Training Centre
Next: Kesan Buruk Tengok Gajet Dalam Gelap OPTOM Eyecare Bangi Sedia Bantu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM