![]() |
Keharmonian perlu dalam institusi kekeluargaan….(Sumber:Google) |
Maaf jika ada yang terasa..Sal cuma meluakan apa yang dirasai…setiap hari Sal terbaca pasal kes rumah tangga…dan ketika itu pasti hati ini terdetik…tak takut ke dengan undang undang yang ada…dah sampai tahap pukul memukul….sakit menyakiti….
Hakikatnya kes rumah tangga tak semudah yang disangka…sebab dasar perkahwinan adalah suka sama suka…atas nama cinta..kan…malah ada yang menganggap bila berlaku sesuatu dalam kes rumah tangga adalah satu kemalangan dan tidak disengajakan…itu pandangan semata…dan yang menanggung…??
Patut dalam berumah tangga kita perlu berkasih sayang…dan istilah pukul memukul tiada sama sekali..tapi apa yang terjadi kini…ada suami yang bagi alasan..isteri suka menjawab atau bertikam lidah sampai hilang kesabaran dan menyebabkan ter…tampar….
Yelah….memula ter…tampar….kemudian ter….tumbuk…..ter….terajang….tu belum kira sampai yang ter…tikam dan bunuh…
Sampai badan sakit pun…masih ada lagi isteri yang mampu bersabar…kesabaran pun ada tahapnya…bila suami kata hilang kesabaran…sampai “ter”….segalanya…mampukah lagi wahai isteri untuk bersabar dan selama mana lagi mampu bersabar ?? …Alasan sumai sebab “ter” jugak membuktikan yang suami masih sayangkan isteri dan perlu dimaafkan…lupakan apa yang berlaku…demi masa depan…
Berat mata memandang…berat lagi hati yang menanggung kesakitan…
Mungkin isteri akan rasa malu bila diceraikan suami….malu dengan keluarga…jiran…atau isteri perlu jaga keburukan suami sebab rahsia rumah tangga…nak kena jaga kebajikan anak anak…gitu ??
Dalam Islam…suami yang mendera isteri secara sengaja atau tidak tetap telah melakukan dosa kerana tugas suami adalah melindungi isteri dan bukan menyakiti…
Imbas kembali dalam lafaz taklik yang dibaca suami selepas akad nikah
“….dan jika saya lazimnya menyakiti……”
Ternyata jelas menunjukkan perbuatan mencederakan isteri atau keganasan bukanlah perkara yang dihalalkan oleh Islam..Ingatla wahai suami dan bapa….tanggungjawab yang diamanahkan amat besar dalam istilah kekeluargaan bagi membentuk ummah yang kuat dan beriman…kekuatan ummah dan keimanan tidak akan lahir daripada rasa terancam ..takut dan benci…Wallahu a’lam
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
ya betul tuh.. kalau suami berkelakuan 'ter' tuh boleh menghilangkan rasa hormat seorang isteri terhadap suaminya.. apa gunanya sebuah perkahwinan, kalau isteri terpaksa menanggung kesakitan zahir dan batin..