• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Sumber Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan

Sumber Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan

April 24, 2018

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Contents

  • Ibu Mengandung Perlu Tahu Sumber Makanan Penting Demi Kandungan
  • Senarai Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan
    • BACA JUGA: Milk Booster Untuk Ibu Menyusu Badan

Ibu Mengandung Perlu Tahu Sumber Makanan Penting Demi Kandungan

Masa mengandung , korang perlu lebih memahami dan peka sumber makanan apa yang baik untuk dimakan atau sebaliknya . Jangan main belasah je ya . Bukan apa , demi menjaga kesihatan diri , korang kena hadam sumber makanan penting untuk ibu mengandung dan kandungan .

Pengambilan makanan yang sihat sebenarnya baik untuk diri dan perkembangan janin atau bayi dalam kandungan . Korang boleh makan apa yang korang nak tapi sumber makanan penting jangan terlepas pandang ya sebab perlu ada dalam makanan harian .. especially yang tengah mengandung .

Senarai Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan

Masa Sal mengandung dulu , sumber makanan penting untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan yang Sal ambil adalah :

Ikan – penting sebab kaya dengan sumber protein. Memiliki omega 3 yang tinggi . Sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan . Pengambilan ikan digalakkan 2 – 3 kali seminggu . Pastikan ikan dimasak dengan sempurna . Elakkan makan isi ikan mentah macam sushi .. penting untuk elakkan jangkitan kuman pada janin dalam kandungan .

Telur & Daging – Sumber protein terbaik selain rendah kalori dan penuh khasiat Omega-3 . Mempunyai asid folik , zat besi dan choline yang tinggi di mana dapat bantu halang kecacatan pada janin . Daging bagus untuk bantu pertumbuhan sel otak dan otot pada kandungan . Makan daging tanpa lemak diyakini sumber protein yang sangat tinggi .

Sayuran Berdaun Hijau – ni pilihan utama Sal , bagi menjamin tahap kesihatan yang baik secara berterusan . Penting ya .. sila ambil jumlah hidangam sayur yang mencukupi dan digalakkan ambil sayur berdaun hijau seperti bayam . Bayam mengandungi asid folik dan sumber yang sangat bagus untuk perkembangan saraf tunjang bayi dalam kandungan . Bronkoli pun ok sangat sebab ia mengandungi kalsium dan potassium . Secara tak langsung dapat membantu proses pembentukan dan pertumbuhan tulang bayi .

Tauhu – Mempunyai kalsium , zat besi , vitamin A dan K . Kaya dengan asid folik dan jadikan sebahagian daripada snek korang . Tapi jangan la goreng dengan minyak biasa .. ce try minyak sayur .. berbaloi sangat untuk bayi dalam kandungan .

Produk Tenusu – Kalsium sangat penting ok untuk ibu dan baby dalam perut tu .. so sila consume susu atau kalau tak boleh telan , tukar dengan pengambilan keju dan yogurt . Ia sangat membantu dalam menguatkan tulang dan gigi si ibu dan tulang serta pertumbuhan tubuh bayi dalam kandungan . Banyak khasiatnya ..

Sumber Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan
kenangan masa mengandung .. rezeki anak-anak

BACA JUGA: Milk Booster Untuk Ibu Menyusu Badan

So , amalkan pemakanan yang betul dalam diet harian korang yang sedang mengandung tu ye . Wanita yang mengandung perlu hati hati jugak dalam bab pemakanan . Jangan main belasah je .. salah makan akan timbul pulak permasalahan lain .

My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Tu…..Dia Pak Tam Restoran
Utusan Karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 Tawar Pakej Buku IstimewaUtusan Karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 Tawar Pakej Buku Istimewa
The first fashion show for space suits held in California next month
Previous: Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9
Next: Utusan Karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 Tawar Pakej Buku Istimewa

Comments

  1. Ema says

    April 24, 2018 at 4:55 pm

    Perlu makanan berkhasiat semasa mengandung untuk anak dalam kandungan dan ibu.

    Reply
  2. miminadam says

    April 26, 2018 at 2:14 pm

    setuju. sebab bukan utk ibu je utk anak dalam kandungan juga perlu sihat

    Reply
  3. azni says

    April 26, 2018 at 3:28 pm

    lawa kan layout nih .. hehehe..

    Reply
  4. Radhia says

    May 6, 2018 at 1:54 pm

    betul..ibu mengandung wajib amalkan diet yang baik..supaya ibu sihat & anak dalam kandungan dapat membesar dengan baik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM