• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Lifestyle / Sunting Gambar Dengan Aplikasi ‘Snapseed’

Sunting Gambar Dengan Aplikasi ‘Snapseed’

September 29, 2017

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Pernah tak korang alami bila snap gambar guna fone , gambar tu kurang memuaskan ?? Pendek kata tak cantik la . Sal selalu jugak . Geram kekadang tu sebab tau dah , skill amik gambar Sal sangat kurang . Angle lagi la .. ke laut . heheheh Cumanya kita jangan cepat feedup ya ! Berusaha selagi mampu . Sal ada jugak bertanya dengan rakan rakan blogger yang pandai ambil gambar . Satu kepuasan sebenarnya bila tengok hasil tangkapan kita menarik ! Haaa … ni yang Sal nak share  tentang Sunting Gambar Dengan Aplikasi ‘Snapseed’

Korang pernah dengar tak aplikasi suntingan foto di Google iaitu Snaseed ?? Bila ada Snapseed ni kan , Sal dah tak risau sangat sebab gambar yang tak berapa nak lawa akan jadi sesedap mata memandang . Ce korang try . Bukan susah pun , boleh muat turun atau install melalui platform App Store atau Play Store . Mudah sangat zaman sekarang !

Bila guna Snapseed ni , kita boleh edit atau sunting  gambar menggunakan 29 jenis tools dan filters . Punya la banyak sampai rambang mata Sal . Korang jangan sampai mabuk nak buat pilihan ! Suaikan dengan gambar yang diambil . Jangan main klik je nanti gambar jadi lain . Sama jugak dengan format gambar .  Format gambar pun boleh tukar dari RAW kepada JPG …tune image yang membolehkan cahaya dan warna boleh juga diselaraskan secara automatik ataupun manual . Pendek kata ,banyak lagi tools yang korang boleh godek .  Terus terang Sal katakan , sampai ke harini Sal masih terus ‘ berguru ‘ dalam dunia suntingan . Baik foto atau video

Korang boleh jugak tukar gambar menggunakan tema tertentu macam Noir , Black & White , Grainy Film , Vintage , Retrolux dan banyak lagi . Senang sangat dan tak perlu nak edit guna laptop . Semudah A .. B .. C . Tak caye eh ?? Ce laaaaa .

Aplikasi Snapseed ni dapat jugakla memudahkan urusan kerja seharian Sal . Alhamdulillah . Boleh edit gambar bila bila masa … hanya menggunakan fone . Ni contoh gambar Sal guna Snapseed . Pada awalnya memang agak gelap , so Sal naik kan color pada gambar tersebut.

Korang try la . Confirm puas hati !

Info & Ilmu, Info & Ilmu, Lifestyle, My Story, My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Cuti Umum Bulan Februari
Barut Gantung Baby … Masih Relevan Untuk Dipakai ??
Canada airlines will travel for the longest trip in the history of flight
Previous: Percutian Santai di PARKROYAL Kuala Lumpur
Next: Didik Anak Lelaki Bukan Perkara Mudah

Comments

  1. lisak says

    October 4, 2017 at 2:58 pm

    biasa letak watermark kat snapseed. pastu untuk edit kt LR

    Reply
  2. sayaiday says

    October 21, 2017 at 10:49 am

    Iday pon kadang-kadang edit gambar untuk upload dalam blogpost, hehe Dah la app ni free. hehe

    Reply
  3. Noriza Rahman says

    October 25, 2017 at 6:07 pm

    Snapseed memang cun kalau edit..cuma font kalau ada macam wordswag lagi power

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM