Enam bulan pertama , susu ibu sangat baik dan itulah yang Sal praktikkan .. Alhamdulillah . Perjalanan penyusuan untuk anak anak dipermudahkan olehNya di mana ada kesungguhan pasti ada caranya doa dan tawakal perlu seiring dalam apa jua perkara yang kita lakukan . Insya Allah .
Sejauh Mana Susu Ibu Elak Penyakit Pada Bayi
Cara Untuk Banyakkan Pengeluaran Susu
Meh Sal kongsikan beberapa kaedah untuk banyakkan susu dan Sal dapat dari pembacaan info Sehingga ke hari ini Sal masih cari gali info penyusuan badan .
- Perah atau pump susu dengan cara yang konsisten sebaiknya tiap dua jam sekali . Sila buat jadual so para ibu boleh disiplin follow .. jangan ngelat okeh!!
- Rasanya semua dah tau kena minum atleast tiga liter sehari
- Untuk mendapatkan susu yang mempunyai nutrisi yang mencukupi , sila makan makanan seimbang . Jangan skip ya sarapan , lunch ,dinner . Jangan biarkan perut masuk angin takut nanti anak kembung pulak .
- Sentiasa berfikiran positif supaya aliran susu lancar bila ibu tenang dan ceria selalu . Jangan susahkan hati , berasa tertekan atau kelam kabut sebab takut mengganggu penghasilan susu badan dan juga akan terbantut . Paling best , masa sesi pump tu tengok pic anak dalam fone ke , dalam lappy ke , ha .. tengoklah hasilnya nanti . hehehe…
Leave a Reply