Susu ibu sememangnya mengandungi antibodi untuk melindungi si manja daripada penyakit berbahaya dan secara tak langsung Susu Ibu elak penyakit pada bayi . Susu ibu jugak mempunyai 1’001 khasiat untuk anak dan ibu selain dapat merapatkan hubungan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu dari segi kesihatan juga terjaga .
Enam bulan pertama , susu ibu sangat baik dan itulah yang Sal praktikkan .. Alhamdulillah . Perjalanan penyusuan untuk anak anak dipermudahkan olehNya di mana ada kesungguhan pasti ada caranya doa dan tawakal perlu seiring dalam apa jua perkara yang kita lakukan . Insya Allah .
Susu Ibu Dapat Elak Penyakit Pada Bayi
![]() |
Cara Untuk Banyakkan Pengeluaran Susu
Meh Sal kongsikan beberapa kaedah untuk banyakkan susu dan Sal dapat dari pembacaan info Sehingga ke hari ini Sal masih cari gali info penyusuan badan .
- Perah atau pump susu dengan cara yang konsisten sebaiknya tiap dua jam sekali . Sila buat jadual so para ibu boleh disiplin follow .. jangan ngelat okeh!!
- Rasanya semua dah tau kena minum atleast tiga liter sehari
- Untuk mendapatkan susu yang mempunyai nutrisi yang mencukupi , sila makan makanan seimbang . Jangan skip ya sarapan , lunch ,dinner . Jangan biarkan perut masuk angin takut nanti anak kembung pulak .
- Sentiasa berfikiran positif supaya aliran susu lancar bila ibu tenang dan ceria selalu . Jangan susahkan hati , berasa tertekan atau kelam kabut sebab takut mengganggu penghasilan susu badan dan juga akan terbantut . Paling best , masa sesi pump tu tengok pic anak dalam fone ke , dalam lappy ke , ha .. tengoklah hasilnya nanti . hehehe…