Baru-baru ni me teringat kat sorang member yang agak begitu lama me tak contact…biasanya bila teringat tu kadang-kadang me dapat rasakan sesuatu….ternyata telahan me betul..betapa peritnya hati yang ditanggung oleh seorang wanita yang bergelar isteri angkara suami yang dicintai…runtun hati me bila dengar ‘dia’ bercerita…mula dari perkenalan ‘Encik Suami’ dengan seorang gadis yang tak disengajakan terus berlarutan umpama merpati dua sejoli….cuma me harap sangat perkenalan ‘Encik Suami’ tidak berlarutan dan melanggar hukum ALLAH…Subahanallah…mintak dijauhkan…
Pelbagai persoalan yang bermain diminda me lepas berborak dengan ‘dia’…
> Apa kurangnya kasih sayang diberikan oleh seorang isteri..tak cukup ke buat seoarang suami..
> Kalau dulu masa bercinta bukan main lagu berjanji setia..tapi sekarang…apa sudah jadi…hanya janji yang bermain dibibir..
> Apa lagi pengorbanan yang suami inginkan dari seorang isteri untuk buktikan betapa sayangnya kepada insan yang bergelar suami..
> Suami bertanggungjawab dalam memberikan sinar kebahagiaan dan menjadi nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan…tapi kalau dah buat hal…seperti dilanda badai dan akan berakhir dengan apa??
Dan yang paling me tak sangka rupanya perhubungan ‘Encik Suami’ telah berlarutan sehingga setahun lebih…walhal tempoh perkahwinan baru menjangkau 3 tahun..Ya Allah…betapa beratnya ujian yang diberikan kepada ‘dia’…memang me terkelu sepanjang ‘dia’ bercerita…terasa sendu di hati ini..ikhlas me katakan..andai hati seorang perempuan itu telah dilukai..kesannya amat mendalam..mana mungkin akan sembuh seperti sediakala sebab parutnya tetap meninggalkan kesan..
Kepada insan yang bergelar suami…tenunglah ke dalam mata isterimu..pasti ada jawapan yang ditemui…adakalanya bicara kata…hati dan perasaan boleh ditipu tetapi tidak pada sinar mata…
Ada sesuatu yang ingin me kongsikan bersama
(http://www.paranorms.org)
Tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi ianya dijadikan sebagai teladan buat diri ini..persefahaman dan kejujuran dalam melayari alam rumahtangga menjadi kunci utama…kalau takut dilambung ombak..jangan berumah di tepian pantai..
Leave a Reply