Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras … Riadah Bersama Keluarga | Assalamualaikum Sahabat !!
Cuti sekolah dah pun bermula … makanya pening jugakla kepala Sal bila anak anak dah mula bertanya planning holiday dyorang . #AnakOhAnak !! Macam biasa , kepala Sal akan berfikir 360 darjah .. huhuhu . Zaman sekarang bukan macam zaman dolu dolu yer . Bila sel sel otak mula berhubung , haaaa penangannya sungguh luar biasa !! Buat permulaan cuti , semalam Sal ajak Mr Hubby ‘picnic’ , kekdahnya di Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras – riadah bersama keluarga !
Memang tak pernah jejak pun sebelum ni . Sal tahu pun sebab tempat keja buat ‘Family Day’ . Cuma kami tak sempat nak pegi Sabtu baru ni sebab Khaleef ada orientasi ‘exam’ Tahun 1 . Rata rata kengkawan opis yang ke Pudu Ulu kata tempat ni best untuk kita lepak dan riadah bersama keluarga . Nak jugak merasa dan memang dah janji dengan anak anak nak bawak ke sana sebab dah dok bercerita ada pool yang besar dan luas . Bila dah story sambil tunjuk gambar kolam , makin banyak celoteh anak anak Sal . Tak sabar a.k.a ‘excited’ gamak nya . Meh Sal share sikit pandangan dari atas kawasan taman . Agak agak puas tak anak anak mandi , heeeehee …

KONSEP BERKELAH SAMBIL RIADAH BERSAMA KELUARGA
Seawal pagi Ahad tu dapur Sal dah beroperasi . Masak yang simple simple je untuk buat alas perut anak anak macam kue teow goreng , naget , fries dan tak lupa gak sesi singgah beli nasi lemak ..huhuhu . Bila dan mandi nanti faham je la … perut cepat lapar . Part penyediaan makanan yang nak dibawa ni … fully memang Mr Hubby yang buat . Kami suami isteri memang bahagikan keja sebab nak mudah dan cepat settle.
Sesampai di Taman Rekreasi Pudu Ulu dalam jam 9.00 pagi , anak anak dah tak sabar dah … becok dah dok tanya itu ini dalam keta . Masa sampai tu banyak gak keta parking , Alhamdulillah parking ada je kosong so takyah lah risau yeee nak berebut bagai . Ingat kan kami yang awal , rupanya ada family yang lebih awal . Meriah sungguh sebab ramai yang datang untuk jogging dan ada senamrobik . Rugi pulak rasa tak dapat join aktiviti senamrobik . Next , Insya Allah !!
Mehla kita setup dulu apa patut , yang penting bentang tikar dan cari port nak landing . Luas sungguh taman ni , banyak lagi ruang taman maybe sebab awal lagi kot ..

KOLAM YANG LUAS DAN SELAMAT
Macam biasa , bila anak anak Sal dah nampak kolam … lain memang dah tak pandang . Sekelip mata dah dok kecebur dalam air . Sabar je la sambil layankan kegembiraan anak anak . Punyala seronok cuma tak semua part kolam dibuka untuk mandi . Ada hadnya dan mungkin juga ditutup untuk pembersihan . Tapiiii …bila dah ramai yang datang faham je la budak budak kan . Mana kita nak larang bila dah ramai .. penyudahnya dengan anak anak Sal sekali dari dok mandi di kolam utama , sampai ke jambatan disusur . Asal selamat sudah !!
NOTA: Cara Nak Bagi Anak Cepat Berenang
Penangan bila dah masuk dalam kolam … cabarannya bila pujuk nak suh balik . Korang mana yang ada anak pantang jumpa air tu sure dah boleh agak kan. Se’slow Sal pujuk suh makan dulu sementara ligat kepala ni nak buat ayat … ajak balik .
Akhirnya , berjaya la jugak dipujuk . Walaupun singkat namun kegembiraan jelas terpancar di wajah anak anak dan itu yang Sal nantikan . Ada kelapangan Insya Allah Sal datang lagi , syok sangat bila berpeluang ke Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras, riadah bersama keluarga . Pada yang belum pernah singgah sini , lapangkan la masa . Sal share Google Maps ya bagi memudahkan korang ke lokasi >> https://goo.gl/maps/RpFNEaJXv5P2
Opss sebelum terlupa .. Masuk adalah PERCUMA . Kolam akan ditutup dari jam 12 tengah hari dan buka kembali pada jam 4 petang hingga 7 malam . Cuti Umum TUTUP ya
Dalam kehidupan kita , tiada yang lebih berharga melainkan Famiy 1st !!
Wow dah lain sangat taman ni bagus lah ada peningkatan dan perubahan yang lebih mesra pengguna dulu selalu lari-lari kat sini masa duduk area sana lah hehehehehe ada tempat mandi lagi…
Sally tak pernah sempat pun nak g..hahahaha..bukan budak je excited, sally pun sampai skrg excited kalau tgk kolam air..hahahaha…kalau tak bawak baju pun acah-acah main masuk kaki..lain daripada yg lain…family indeed comes first! bestnyaaaa outing satu familyy!
Besar juga ye kawasan ni. Kolam mandi pun sangat luas nampaknya tu. Free pula masuk sini. Boleh lah plan ke sini nanti bawa anak ana.
Tak sedar pun ada tempat macam ini di Cheras.. nanti kena pergi tengok dan bawa anak menikmati kawasan tu
Eh? Kenapa tak pernah tahu pasal tempat nie ek? Ok juga bawa anak-anak mai sini nanti
Wah free rupanya. Menarik ni!