| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila Sal bersuara je nak ke LEGOLAND dengan anak anak , semua terus bersorak keriangan . Memang sangat dinantikan trip ke LEGOLAND . Dengarnya kalini banyak tarikan baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster . Termasuk , Annual Pass promotion . Ni pesifik tarikan terbaharu di LEGOLAND tau .

LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Walaupun bukan cuti sekolah , Sal ambil peluang bawak anak anak ke LEGOLAND sebab tak nak terlalu sesak . Dapat bayang kalau pegi masa cuti sekolah … jenuh nak beratur masuk .
Best part trip kalini , Sal bukan pergi 1 kelurga je tau tapi bersama dengan 23 Family Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain termasuk Ben Ashaari – pengasas KBBA9 . Dan secara tak langsung ini merupakan Family Day KBBA9 yang pertama bagi tahun 2018 bersama merasai tarikan terbaharu LEGOLAND Malaysia iaitu NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster dan tak ketinggalan Annual Pass Promotion .
Sejak join KBBA9 , ukhuwah yang terjalin semakin rapat sebab pertemuan demi pertemuan diaturkan bersama ahli kelab … dan tak putus jugak dengan aktiviti . Sape kata join Kelab Blogger tak best .. Hanya Jauhari Mengenal Manikam .
Perkara pertama yang wajib kita buat sebelum masuk ke taman tema LEGOLAND adalah grouphoto . Bukan senang kita nak berkumpul bersama pasangan masing masing dalam KBBA9 ni , so kita abadikan kenangan dulu ya .
Walaupun sebenarnya anak anak dah tak sabar nak terokai dan rasa pengalaman baru yang bakal mengujakan perasaan masing masing . Korang kalau datang LEGOLAND jangan lupa bawak topi dan sun glass ye … panas la jugak tapi boleh je lepak kat tempat khusus untuk istirahat .
Dan , jangan lupa pakai sport shoes supaya lebih selesa dan tak menyakitkan kaki . Luas jugak kawasan LEGOLAND ni tau !!
Betul ke Annual Pass Promotion LEGOLAND Berbaloi Dimiliki Dengan Harga Masuk Tiket Sehari – RM199 ??

Masa dipintu masuk LEGOLAND , korang akan nampak sebuah kereta Nissan Almera . Ni best deal tau , korang boleh buat Annual Pass LEGOLAND hanya dengan harga tiket masuk sehari berjumlah RM199 . Dapat pulak layan Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster .. phewws
Berbaloi weh .. mana tau korang antara yang bertuah akan memenangi Brand New Nissan Almera . Aamiin . Sal pun tengah berkira jugak nak apply .. tapi nak kira bajet dulu ya, huhuhu .
Sepanjang masuk ke LEGOLAND , Khalish dan Khaleef tak lepas lepas pegang risalah yang mengandungi pelbagai info menarik mengenai lokasi taman tema LEGOLAND .
Memang tak kan sesat sebab semua ada dalam tu , larat atau tidak je nak berjalan . Ni yang nak cerita tentang anak anak Sal . Kemain tau tenaga dyorang … dari pagi sampai nak ke senja masih dok ada dalam nu …ibu dah makin pewai tapi bila tengok anak anak bersemangat , ku ketepikan kepenatan itu .
Ohh lupa nak bagitau , tandas.. tempat solat semua ada dalam taman tema , so tak risau nak solat . Kebersihan adalah ditahap yang terbaik dan sentiasa terjaga .
Kalau tak caya korang boleh duduk kejap dalam toilet dan tengok dalam setengah jam tu berapa kali pekerja LEGOLAND masuk bersihkan . Yang dok sapu clearkan kawasan jangan cakaplah .. sentiasa ada
Nak bagi peringatan sikit , bila masuk LEGOLAND ni jangan bawak makanan ye .. sebab beg semua akan di check terlebih dahulu . Tapi jangan risau ada ja makanan yang dijual kat dalam . Pelbagai pilihan ada dan akan buat korang rambang mata jugakla nak beli . Cuma sediakan duit sahaja .
Sal memang akan menabung untuk bawak anak anak jalan setiap tahun . Kita get ready je sebab masa Sal tak menentu tapi idak la sampai cutikan anak sekolah . Kita tengok peluang dan ruang yang ada .
BACA JUGA: Pengalaman Mengujakan Di LEGOLAND
Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia – NINJAGO The Ride, LEGO VR Coaster dan Promosi Annual Pass
Ikutkan Khalish dan Khaleef , semua tempat nak pergi dan rasa pengalaman tapi tak semua tempat yang Khalaf boleh masuk . Ada yang kena follow the rules …ikut umur dan ketinggian .
So Mr Hubby banyak dengan Khalaf dan Sal pulak handle Khalish dan Khaleef . Nak story memang banyak , kalini anak anak dapat merasa banyak permainan sebab tak lama nak line up .

Antara tempat yang kami jejak LEGO Technic, LEGO Kingdoms , Imagination , Land of Adventure , LEGO City , MINILAND , LEGO Studios , Lost Kingdom Adventure , LEGO NINJAGO Live Show , LEGO NINJAGO The Ride , LEGO Race VR Coaster .
Bayangkan kalau yang LEGO Race VR Coaster tu kan , anak anak boleh pulun naik sampai 4 kali . Sal tengok pun dah seram dan sememangnya Sal ni gayat gak orangnya .
Relax je anak anak naik sambil tunjuk thumbs up !! kihkihkih .. sabar je la kan . Sal pulak suka layan NINJAGO The Ride . Best wooo .. main perang perang di alam maya .. addooiiyai .. kita tengok markah sape yang tinggi .
Bangga betul Khalish time ni , seronok gak sesekali melayan tapi takleh la selalu datang LEGOLAND ye nak . Kena tunggu ibu menabung lagi , Insya Allah ada rezeki akan datang kita pegi lagi yea .

Kenangan Manis Bersama Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Masa nak balik kan .. ha ni nak story , Sal dok pujuk anak anak sebabnya tak nak balik wehh … hari dah nak senja , Anak oh anak !! Seriously kena datang lagi dan sebenarnya Sal nak tunggu Khalaf besar sikit supaya dia dapat merasa banyak lagi tempat di taman tema LEGOLAND ni . Tapi bila fikir Kaariz .. sian dia takde peluang lagi nak jejak ke sini .
Banyak pengalaman baru yang anak anak Sal dapat dan sampai 2 kali jugak la Khalish dan Khaleef dapat Certificate of Achievement di The LEGO MINDSTORMS WORSHOP .
Kalini anak anak pulun betul setiap inci taman tema , lepas kan geram kot sebab baru dapat merasa erti kata sebenar Taman Tema LEGOLAND .. hehehe . Sebelum ni semua kecik lagi masa pegi .. tak tau nak feel sangat . So , better korang rasa pengalaman di LEGOLAND sendiri sebab sangat berbaloi di mana anak anak dapat peluang bermain sambil belajar !! Jangan lupa tau Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster .

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :
Website >> LEGOLAND® Malaysia
Instagram >> legolandmalaysia
FACEBOOK >> LEGOLAND.my

Bestnya Sal, Kak Sue pun ada plan nak ke sini juga bila ada rezeki nanti..
Wahh seronoknya anak anak Sal.. pasni kena plan pegi lagi laa ya.. Jom jom jom
Belum rezeki sampai Legoland lagi.memang plan nak bawa anak anak juga datang sini.kena simpan duit
kemain seronoklah budak budak ni kan….
memang best ke legoland ni..nak puas hati buat annual pass..kalau masuk sehari memang tak ckup masa
Wah tarikan baru ni boleh la Marsha plan pegi lagi Legoland. Dah pegi 2 kali still tak boring. Boleh plan lain untuk tahun ni
Wahhh bestnya. Teringin nak pergi legoland sebab tak pernah pergi lagi wlaupun dah besor haha
Tarikan baru ye? Boleh plan g lagi tahun ni. Memang tak pernah boring g Legoland
Bestnya kak sal. Ana ke johor hari tu tp tak sempat nak singgah sini. Bila baca entri ni rasa membuak2 nk plan ke legoland tu.
Seronok main game seronok jugak duk kerjar anak erghh
Anak-anaklah paling excited
Ada rezeki InsyaAllah nak datang lagi bawak semua anak-anak.. Hari tu masa pegi anak-anak yang besar tak dapat ikut..
Tak kesempatan pergi Legoland lagi. Harap sangat 1 day dapat pergi sana. Menarik tengok gambar2 tu.
Seronok betul ke Legoland ni..InsyaAllah datang lagi
VR tu seronok jer.. tak ralat la kalo bawak anak kat sini.Sebab sekeluarga boleh maimn
anual pass tu rasnya menarik …
Bestnya… Tak pernah masuk Legoland lagi. Teringin nak pergi.
budak budak paling suka pergi legoland ni kan. banyak yang menarik