Kerja memang tak kan abis…(Sumber: Google)
Melalui pembacaan baru Sal tahu….tekanan kerja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah berkaitan gastrousus yang berpunca daripada gaya hidup moden…ada benarnya…masyarakat harini sangat mengambil mudah soal kesihatan….dan yang sebenarnya tak sempat…yelah…dengan bebanan kerja yang mendatang..adakalanya membuatkan kita hampir terlupa soal kesihatan..
Bila dah sakit terlampau….baru nak ambik berat kan…dan dikatakan 90% daripada penyakit gastritis kronik dan kes berkaitan ulser perut disebabkan oleh jangkitan..kehadiran bakteria dalam perut secara tak langsung meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser perut sehingga enam kali ganda…Subhanallah…dalam kita tak sedar rupanya sangat bahaya…
Sumber:Google
 So lepas ni kena ubah kepada gaya hidup sihat…. kita memang tak boleh elak dengan tekanan kerja sepanjang masa…tapi kita kena bersedia melindungi tubuh kita dan terutamanya perut daripada terjejas teruk…diri sendiri yang kena pandai buat pembahagian masa..
Bila seseorang individu berada dalam tekanan…sedikit sebanyak ia akan menjejaskan saluran gastrousus dan akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat jangkitan atau penyakit usus..perasaan kecewa..hampa dan terlalu beremosi juga merupakan tanda sesorang itu mengalami tekanan..
Untuk itu…lepas ni meh kita sesama jaga kondisi perut….macam mana nak jaga perut ?? Apa yang diperlukan adalah:
  • Makan secukupnya mengikut waktu
  • Jangan makan berlebihan
  • Makan buah-buahan, sayuran dan bijirin
  • Minum air yang banyak (3 liter)
  • Bersenam

Sebagai langkah pencegahan…Sal kongsi tanda awal kanser usus dan sila berjumpa doktor ya kalau ada tanda seperti ini:

  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar seperti lebih kerap membuang air besar… najis cair…kerap sembelit dan rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun mendadak
  • Berasa penat..lemah atau sesak nafas tanpa sebab  ..gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi…anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Sumber: Berita Harian