• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Teknik Dan Gaya Penulisan Kreatif

Teknik Dan Gaya Penulisan Kreatif

July 29, 2021

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah 1442H. Harap korang semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Kita masih lagi dalam situasi menangani COVID-19 . Walau apa yang berlaku … kehidupan mesti diteruskan dan untuk kali ni  Sal nak story tentang kursus . Ilmu itu perlukan percambahan dan carilah ia tanpa jemu .  Dalam tempoh pandemik tak menghalang untuk kita cari gali ilmu tentang Teknik dan Gaya Penulisan Kreatif .

Sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan tentang dunia penulisan cumanya mungkin ada yang tak berminat  . Zaman sekolah dulu pun memang ada je antara sahabat Sal yang cukup ‘liat’ nak siapkan karangan . Asyik muka yang sama je manjang kena bebel dengan cikgu . Tapi Sal memang minat sungguh !! Kalau tak , mana mungkin wujud blog ni ha . Cuma lately ni masa nak update entry agak terhad . Tapi kita up balik mood yang ada .. hehehe .

Satu Bentuk Kebebasan Dalam Teknik Dan Gaya Penulisan Kreatif

Seronok sebenarnya Sal dapat join bengkel yang menekankan aspek penulisan kreatif . Terima kasih sangat dengan bos sebab bagi Sal ruang dan peluang untuk join bengkel macam ni . At least dapat tingkatkan skill penulisan yang dah makin ‘tumpul’ rasanya .

Tak nak story panjang lagi sebab dah tak sabar nak ceritakan serba sedikit tentang dunia penulisan kreatif ni .

Kalau korang nak tahu , penulisan merupakan satu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis . Ada yang suka meluahkan melalui percakapan dan tak kurang jugak melalui penulisan .

Bagi penulisan kreatif .. ianya adalah berkenaan apa sahaja di mana penulis berkongsi tentang apa yang digambarkan melalui buah fikiran, gejolak perasaan , daya imaginasi dan gaya kreativiti yang tentunya unik apabila penulis itu menceritakan Kembali pengalamannya tersendiri . bukan sebaliknya yang hanya melaporkan peristiwa atau berbentuk berita .

Teknik Dan Gaya Penulisan Kreatif
Tips dan teknik penulisan

Antara keunikan yang dimiliki oleh penulis kreatif ialah :

  • Penulisan kreatif digarap dengan penggunaan bahasa yang segar dalam penceritaan
  • Menyusun ayat yang indah lagi mencabar dan berunsur murni
  • Contoh penulisan kreatif – Novel , Cerpen, Puisi , Sajak dan Pantun

Kalau korang nak tahu , pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif sama pentingnya dengan pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan bukan kreatif .

Gaya Bahasa memainkan peranan penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah karya kreatif . Semestinya penulisan yang baik akan sentiasa dinantikan oleh pembaca kan ?

Ni yang selalu Sal impikan tau , nak pembaca blog selalu singgah dan baca . Bukan takat tu je .. nak jugak segala info atau maklumat yang dikongsikan dalam blog Sal dapat dimanfaatkan sepenuhnya kelak .

Moga impian Sal ni satu hari nanti akan jadi kenyataan . Sebenarnya dunia penulisan kreatif ni tanpa kita sedari merupakan bidang ilmu yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa . Ia seiring juga dengan perubahan pemikiran manusia , teknologi dan gaya kreativiti manusia .

BACA JUGA: Teknik Asas Penulisan

Apa pun perubahan yang berlaku dalam bidang penulisan kreatif sama ada dari segi teori dan amali  .. hanya golongan penulis yang cekal , beriltizam tinggi dan serius sahaja yang akan kekal dalam dunia penulisan dan bergelar penulis .

Pada Sal , minat tu kita boleh je semai . Tambah di musim pandemik ni banyak yang kita boleh kongsikan . Cuma kena ada batasan dan janganlah sampai kongsikan berita yang tak sahih . Geram jugak bila ada individu yang cuba sebarkan berita yang tak betul . Bukan apa , boleh timbul kekeliruan di banyak pihak dan seterusnya mendatangkan fitnah .

Sal tertarik dengan kata kata yang dilontarkan oleh Talib Samat (2006: V) 

Sebahagian penulis akan hilang bagai buih-buih di laut kerana mereka menulis sekadar untuk lulus peperiksaan atau sekadar mengisi masa lapang mereka sahaja. Ertinya mereka tiada matlamat dan tujuan sebenar mereka menulis. Hal inilah yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu sekiranya mereka betul-betul jujur atau ikhlas dalam berkarya

Penulis ni bukanlah umpama artis tersohor tapi satu kepuasan yang sukar digambarkan bila kita dapat hasilkan satu penulisan kreatif yang dikira terbaik . Seni penulisan ni jugak sangat berbeza dengan dunia yang lain . Tak caye korang boleh try sendiri .

Teknik Dan Gaya Penulisan Kreatif
6 teknik penulisan kreatif yang boleh digunakn

Kunci utama yang perlu ada … bakat !! Timbalah ilmu sebanyak yang boleh dan seiring dengan disiplin diri .

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Semburan Anti Serangga Magic-Magic
Jom Selfie !! Bersama Produk Buatan Malaysia
Dapatkan Diari 2015 – Marigold Peel Fresh Secara Percuma
Previous: Penjagaan Mata Semasa Guna Komputer
Next: Kedai Emas Hajjah Halijah Berkualiti Upah Murah

Comments

  1. yusri hidayat yusof says

    July 30, 2021 at 9:42 am

    Assalamualaikum, slmt hari jumaat smua, untuk belajar lanjut, gaya menulis yang tajam bersulam manis, marilah teroka bersama saya fb yusri hidayat instagram yusrihidayatyusof hehehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022
  • ReLY Aplikasi Online Tuisyen Terbaik
  • KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA) 2023
  • LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
  • Seminar Pengukuhan Asas Akademik Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Sekolah Rendah
  • Kelas UPKK & PSRA Cuti Sekolah 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM