Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah – Tahniah pada yang baru masuk alam pekerjaan . Mesti ada yang teruja part solekan atau makeup kan . Nak kelihatan lebih profesional di tempat kerja katanya . Yang kaki makeup jangan terover la pulak sebab bukan cantik sangat pun makeup tebal ni . Pada Sal nipis pun memadai , lebih natural kan !
Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah
Sebelum tu kita perlu tahu jenis makeup yang bersesuaian dengan muka kita . Jangan main taram je dik non . Paling penting kena tengok persekitaran tempat kerja kita tu , ada atau tidak peraturan makeup yang ditetapkan . Sesetengah tempat tu ada ketetapan , tak semua tempat kerja boleh makeup sebarangan . Bukan kata tak boleh langsung makeup .. cuma ada beberapa kriteria yang ditetapkan .
Ada tempat kerja yang boleh gunakan makeup simple , contoh lipstik kena warna soft nude sahaja . Tak boleh langsung warga garang . Kena follow la ketetapan tu sebab sebagai orang yang baharu memasuk alam pekerjaan tak kan kita dah berani nak tunjuk ‘belang’ kan . Better kita makeup simple dan sesuai untuk pergi kerja.
Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan . Jadi kita dah boleh fikir makeup apa yang harus dimiliki atau beli . Ikut bajet sendiri dan tak perlu ikut orang . Pada Sal antara keperluan asas yang korang kena ada untuk hasilkan makeup yang simple – foudation , compact powder, lipstick , blusher , eyeshadow , eyeline (option) . Kalau korang pandai aplikasikan semua produk ni di muka .. confirm lawa .
BACA JUGA: Tips Solekan Wanita 30-an
Janji korang makeup dengan betul dan tolong jangan terlalu tebal . Pada yang mempunyai tekstur kulit berminyak (oily) , penggunaan asas makeup kena tepat . Pilih yang matte sikit supaya tak keluar ‘kilat’ sangat . Make up yang berasaskan matte boleh bertahan sehingga 4 – 5 jam . So tak la risau sangat masa tengah keja tu kan .

Untuk makeup yang ringkas , Sal lebih suka pilih warna lembut tak kira untuk bahagian mata , pipi atau lipstick . Maskara dan eyeliner Sal kurang sebab kadang terlupa dan suka tenyeh part mata . Zombie lak nanti . Sebenarnya boleh je pakai nipis , so tak ketara sangat .
Solekan ringkas mampu bagi kesegaran pada wajah dan korang akan rasa teruja nak masuk office setiap hari !!
semakin cantik dia… suka produk silky girl
cantik kak sall.. hihi.. ak ah solekan asas tu perlu juga kalau bekerja .. kat rumah pon.. baru suami sayang. aummm
sgt natural, sal. like it.
as for aida, x pandai make up.
cukup sekadar bedak, celak skit, lipstik.
ofis pun x perlu make up sgt.
cukup sekadar presentable jer.
kat rumah pn kena gak mekap sket. heheh..