Syukur Alhamdulillah…hingga ke saat ini masih ada lagi rezeki untuk anak anak ibu…Terima kasih Ya Allah..niat untuk menyusukan anak anak dipermudahkan…ada benarnya…ape pun yang kita nak buat…kena disertai dengan niat…doa..usaha dan tawakal..
Jangan sesekali jadikan sibuk sebagai alasan utama untuk tidak meneruskan penyusuan badan…Sal memang angin kalau ada antara mommy yang jadikan sibuk bekerja sebagai alasan .. pastu bila dah busy…stress…tak pump di opis…terus ke laut…tolonggg laaa….
![]() |
rezeki yang tiada nilainya.. |
Zaman serba canggih sekarang ni..kalau nak tahu pendedahan tentang ilmu penyusuan..FB ada…Blog melambak…pendek kata pengetahuan sekarang di hujung jari….tak susah pun…so nak bagi alasan apa lagi…alasan tak tahu…takde ilmu..dan ilmu tu perlu dicari yea mommy…tak akan datang bergolek..
Pada yang belum berjaya..teruskan usaha kalian…jangan sesekali putus asa…kalau tak berjaya anak pertama..kita teruskan kepada anak kedua…kalau tak berjaya anak kedua…teruskan yang ke seterusnya…ada jugak kawan kawan Sal yang tak berjaya untuk pertama kalinya…tapi Alhamdulillah…berkat usaha dan kesungguhan akhirnya berjaya jua meniti alam penyusuan…
Alam penyusuan merupakan moment yang sangat indah…percayalah…sayu pulak hati bila story pasal penyusuan…titisan emas yang sangat berharga yang Allah SWT kurniakan untuk insan bergelar ibu…berikanlah pada yang berhak…biarpun seorang ibu itu tidak mempunyai harta dalam bentuk kemewahan…namun ibu itu tetap dianggap ‘mewah dan kaya’ kerana memiliki anugerah yang tiada terhingga nilainya…
So…teruskan perjuangan yang tulus ni ya para ibu…Sal jugak camtu…masih meneruskan biarpun ada yang bercerita kat belakang…
“Anak dah besar nak kena bagi lagi ke ….???”
Soalan cepumas yang sering Sal dapat….dan Sal jawap dengan sebuah senyuman yang amat bermakna..hehehe..
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply